Wednesday, 19 June 2013

Day 2 - 18 Jun 2013

Assalamualaikum..
Here comes hari kedua of our internship. :) Hari kedua bermula dengan penerangan mengenai T-shirt design and printing by Mr Iron. Iron ni adalah salah sorang staff TAV yang mengendalikan T-Shirt design. TAV menyediakan dua jenis T-shirt printing. One is for group order, another one is just for individual wearer. Untuk group, kemungkinan design boleh dicipta sendiri oleh customer, yang ni aku tak pasti sebab iron tak mention la pulak semalam. Aku pun lupa nak tanya. Tapi untuk yang 1design per shirt tu, iron will do 'series of shirt'. Series of shirt ni maksudnya ade beberapa series untuk t-shirt tu. For example, kalau kita buat animal series, baju pertama ada creative design pasal 1 animal, baju kedua, ade another creative design of another animal, haa macam tu lah seterusnya. kalau series tu untuk fruits, then setiap baju tu akan ade design buah yang berbeza.
Bercerita pasal T-shirt design ni, iron menekankan teens as their target customer dan design tu mestilah menbuatkan pemakainya nampak cool. hmmmm......
untuk T-shirt design, ade 4 step yang perlu dilakukan.
- idea/concept
- rough sketches
- fine sketches ( ok yang ni aku lemah)
- 3D illustration

setelah diberikan penerangan, kami pun diberikan 2nd task : T-shirt design.
so we start thinking design ape nak buat. masa keluar bilik meeting tu, dalam otak dah mula berfikir nak buat mcm mana. bila dah duduk tempat sendiri, masing2 ambil kertas n start buat kerja masing2. untuk aku aku ade senaraikan beberapa series yang aku nak buat. antaranya adalah zoo series, nut/bean series, handphone series, doodle series, 9gag character series, typographic art series, beetle series, dan jugak google apps series. mual2 aku buat untuk google apps series. bagi aku, remaja sekarang selalu bangga dengan teknologi smart fon yang diorang ada. so aku nak tarok icon yang ada dalam google apps tu kat baju tu n tulis, IM A _____ USER. tapi bila present kat iron, dia kata yang tu akan melibatkan copyright sebab kan semua apps tu ade owner dia kan. so iron kalau bolah nak elakkan bende yang melibatkan copyright.  then idea kedua aku buat pasal doodole felt craft series. yang tu aku buat desugn yg inspired by felt craft punya cartoon. ade yang oke tp ade yang too simple. iron suruh masukkan special element/point ataupun action dalam design tu so that the shirt will stand even cuma satu design kat shirt tu. kami pun teruskan la men-design.lpas tu aron combinekan kitorang, dua orang per group. aku ngn yana buat konsep yang sama, so kitorang combine buat
satu group.
masa tengah buat T-shirt design tu, boss Mr Jeffrey panggil aku dan yana mengenai idea untuk family store semalam. secara baik, dia menerangkan yang idea untuk this coming fasting month tu okey, tapi masa terlalu singkat. so dia suruh kami redesign idea untuk dilakukan untuk family store tu n present idea tu petang nanti. kami pun redesign n present.
tapi bile present, idea kitorang tu mcm not creative enough. stress la jugak sebab aku tak tahu macam mana nak fikir dah. tadi pun kitorang dah blurrr dah tak tahu nak suggest ape dah. pastu Mr Jeffry pun tunjukkan ape yang penah dorang buat. okey bila aku tengok tu, aku pun rasa idea tu sangat okey. kalu la kitorang boleh ade idea macam tu. hmm.... so kitorang kene belajar "think out of the box". selalu kitorang dengar tapi still belum mampu capai tahap. kene banyak belajar. kene banyak tengok website website yang creative. Untuk hari ketiga ni, kami diberikan peluang untuk try buat yang family stor tu lagi skali. T-shirt postponed to the next next day. moga kami mampu cepat belajar. Aminn...


#nota kaki : 
ini adalah cerita budak yang masih baru dalam dunia design.harap maaf kalau ada kesilapan. mohon tegur kalau ade yang tak patut dilakukan. silakan comment dan share kalau ada nasihat yang mahu diberikan ;)

No comments:

Post a Comment

Sila Klik