Saturday 17 November 2012

Blog Dah Bersawang

Assalamualaikum..
Haih, sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku tak update blog.. kalau rumah, mesti labah-labah dah masuk buat sarang dah kat dalam ni kan.. Hari ni, tiba2 je aku terasa nak bukak blog ni balik setelah agak lama aku membiarkan die sendirian. 
Memandangkan aku dah boring dengan layout sebelum ni, so aku ade ubah sikit2 ikut citarasa aku. sikit je aku ubah.. font, colour. tu je.. 
Emm, info terbaru tentang aku, aku sekarang baju je keluar daripada garisan cuti mid-sem. Cuti seminggu. 
tapi biasa la, bila kita makin dewasa, masa bermain tu dah makin kurang. walaupun masa cuti, still ade kerja. assignment la, itu la, ini la.. tambah pulak, cuti kali ni kebetulan aku ade pegang jawatan penting dalam satu program ni. lagi la masa aku banyak syahid untuk uruskan benda tu..hmmm.. tp takpe, aku harap semua yang aku buat ni berbaloi dan aku harap aku dengan menguruskan benda ni, aku dapat tambah ilmu walaupun sebesar zarah. 
Tapi dalam menguruskan hal ni, hati aku selalu berkata2 'tolong la encik penaung dan puan penasihat, tolong la ringankan tanggungan kitorang ni, tolong la jangan asyik reject kertas kerja kitorang'.. 
stress tau tak setiap kali kertas kerja tu kene reject.. yela, bayangkan la, kitorang 2 3 hari stay up lewat malam semata2 buat semua tu, tapi bila jumpa mereka2 yang akan mengesahkan semua ni, tiba2 kene reject kadang2 tanpa alasan yang jelas. huhu.. kecewa.. lelaki boleh la melepaskan geram diorang dengan cara marah2. aku xreti sangat buat macam tu, so cara aku, pergi bilik member, cerita kat dorang n pada masa yang sama, hujan pun turun...hehe tu je cara paling mujarab yg aku selalu guna untuk melepaskan tekanan. berkesan. serious.. haha 
sekarang ni program tu masih dalam perangkaan lagi. harap dapat disetelkan dalam masa terdekat.amin..
okey la, jumpe lagi nanti ye..
Salam rindu, asilah.

Sila Klik