Saturday 15 December 2012

Wanita Bahagia

Jadilah wanita bahagia yang;

1) Melukis kekuatan melalui masalahnya
2) Tersenyum disaat tertekan
3) Tertawa disaat hati sedang menangis
4) Tabah disaat terhina
5) Mempesona kerana memaafkan
6) Mengasihi tanpa meminta balasan
7) Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

Saturday 17 November 2012

Blog Dah Bersawang

Assalamualaikum..
Haih, sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku tak update blog.. kalau rumah, mesti labah-labah dah masuk buat sarang dah kat dalam ni kan.. Hari ni, tiba2 je aku terasa nak bukak blog ni balik setelah agak lama aku membiarkan die sendirian. 
Memandangkan aku dah boring dengan layout sebelum ni, so aku ade ubah sikit2 ikut citarasa aku. sikit je aku ubah.. font, colour. tu je.. 
Emm, info terbaru tentang aku, aku sekarang baju je keluar daripada garisan cuti mid-sem. Cuti seminggu. 
tapi biasa la, bila kita makin dewasa, masa bermain tu dah makin kurang. walaupun masa cuti, still ade kerja. assignment la, itu la, ini la.. tambah pulak, cuti kali ni kebetulan aku ade pegang jawatan penting dalam satu program ni. lagi la masa aku banyak syahid untuk uruskan benda tu..hmmm.. tp takpe, aku harap semua yang aku buat ni berbaloi dan aku harap aku dengan menguruskan benda ni, aku dapat tambah ilmu walaupun sebesar zarah. 
Tapi dalam menguruskan hal ni, hati aku selalu berkata2 'tolong la encik penaung dan puan penasihat, tolong la ringankan tanggungan kitorang ni, tolong la jangan asyik reject kertas kerja kitorang'.. 
stress tau tak setiap kali kertas kerja tu kene reject.. yela, bayangkan la, kitorang 2 3 hari stay up lewat malam semata2 buat semua tu, tapi bila jumpa mereka2 yang akan mengesahkan semua ni, tiba2 kene reject kadang2 tanpa alasan yang jelas. huhu.. kecewa.. lelaki boleh la melepaskan geram diorang dengan cara marah2. aku xreti sangat buat macam tu, so cara aku, pergi bilik member, cerita kat dorang n pada masa yang sama, hujan pun turun...hehe tu je cara paling mujarab yg aku selalu guna untuk melepaskan tekanan. berkesan. serious.. haha 
sekarang ni program tu masih dalam perangkaan lagi. harap dapat disetelkan dalam masa terdekat.amin..
okey la, jumpe lagi nanti ye..
Salam rindu, asilah.

Thursday 27 September 2012

Sepantas Kilat - Basikal

Assalamualaikum..
Buat pembaca yang sedang membaca blog Tentang Aku ni, kali ni aku nak bagi sikit info yang berkaitan dengan basikal..saje aku save dalam blog supaya pasni senang aku nak baca. hehe :D
Macam tajuknya la kan, Sepantas Kilat je aku update blog kali ni..
Entri ni sebenarnya aku pinjam dari blog seseorang ni,  


dia ade bagi beberapa tips untuk beginner cyclist yang baru nak belajar pasal basikal. Sape yang berminat sila la baca ye.. :)

  1. Understand your bike basics
drivetrain: sheldonbrown.com
Your bike is a tool. A tool designed to help you reach your cycling potential. In order for that to happen, however, you need to know how to properly maintain your bike. The most important thing you can do is maintain your drivetrain (this refers to the chain, cassette, and derailleur on your bike). If you keep your drivetrain clean and lubed, you will dramatically extend the life of your bike components and ensure the proper functioning of your bike. My favorite way to clean the drivechain? Some simple green, a toothbrush, and a hose. (Note: keep the hose on low flow and let it drip over your drivechain. If you spray horizontally at your drivechain you risk getting water in your bottom bracket which can cause loads of other problems.) Additionally, you may want to consider investing in a chain cleaning tool. They can be a little pricey, but in my opinion the convenience factor makes it worthwhile. After your bike is clean and dry, lube up your chain with a bike-specific chain lube. In between cleanings check your chain and re-lube if necessary.
  1. Know how to change a flat tire
    For some reason many people find flat tires intimidating. I know I did. I'll never forget my first flat. I was alone in a mosquito infested area, and had no one to rely on but myself. There were some tears shed, but the confidence I had after changing my first flat was indescribable. Now I can change flats with ease. Before your first ride, make sure you can change your own flat without any assistance. Although there's plenty of videos online, you can always head down to your local bike shop and ask them for a quick tutorial. When you get your first few flats on the road, take as much time as you need to fix your flat. Although some experienced cyclists like to time themselves to a new flat-changing record, I personally like to take my time to make sure it's done correctly.
  2. Wear appropriate gear
    Cycling clothing has a greater purpose than just looking funny. Cycling is designed for safety. From the bright, obnoxious colors to the sleeves and gloves, cycling apparel is there to protect. Have a new, properly fitting helmet. Invest in a good pair of shorts with a chamois, wear a proper bike jersey (note: sleeveless jerseys are not recommended. What's there to protect your shoulders from road rash?), wear cycling gloves (again, protect your hands in the event of a wreck), and always, ALWAYS wear eye protection (if it's dark, wear clear lenses. Trust me, you want something to protect your eyes from bugs and other debris).
  3. Lube up
    Guys or girls, this one's universal. Invest in cycling lube. The best you can find. Apply liberally. Enough said.
  4. Learn how to properly ride your bike
    This may sound silly to you, but there is definitely a right and a wrong way to ride your bike. Do you know how to handle your bike in crosswinds? What about properly cornering? If a car suddenly pulls out in front of you do you know how to stop on a dime without launching yourself over the handlebars? Although a lot of bike handling experience comes from time out on the road, many local bike shops or training groups will offer bike clinics. These clinics are a must for beginner riders. Not only will you learn the tips to keep you safe out on the road, but you'll also gain confidence, skills, and meet other local cyclists!

Saturday 15 September 2012

Melawat Sekolah Rendahku - SKKT

Assalamualaikum..
Hmm rasanye dah lama aku x membebel kat blog ni. Yela, last aku update hari tu, sebelum raya.. so kira hampir sebulan jugak la aku stop blogging.hehe..
Haa, kali ni ade satu cerita yang aku nak kongsi..

Masa seminggu lepas raya hari tu, aku berpeluang melawat ke sekolah lama aku masa darjah 4 dan 5 tahun 2002 dan 2003 dulu..Dah sepuluh tahun berlalu..huhu..
Buat sesiapa yang tak tahu, sistem cuti negeri kelantan lain sikit dari negeri2 lain, diorang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu & start semula pada hari Ahad. Bagi aku yang duk kt kl ni plak, Ahad masih cuti jadi aku masih berada dikampung. 
So aku dengan rasa eksited dan hepi-nye telah menelefon cikgu Rosli Ahmed (cikgu matematik aku dulu) untuk buat confirmation / appointmen. Kang, buatnye masa aku pergi, cikgu xde kt sekolah, kan naya tu..Cikgu lain kebanyakan cikgu baru, aku xkenal. 1st thing yang buat aku hepi adalah cikgu masih ingat aku.. :D

Aku pergi dengan adik sedara yang pernah sekolah kat situ jugak.. 
Nama ex-sekolah rendah aku adalah Sekolah Kebangsaan  Kubang Telaga (SKKT), terletak di daerah pasir Puteh, Kelantan.. 

Sampai je kat sekolah, aku terus menuju ke tempat yang dijanjikan, iaitu bilik komputer SKKT merangkap ruang pejabat Cikgu Rosli..


Tak sangka, rupa2nya cikgu Rosli dah bagitau tentang kedatang aku ni pada cikgu2 lain yang sempat mengajar aku dulu. So sempat la aku jumpa cikgu Sarkhan jugak.Sayangnye aku terlupe nak bergambar dengan cikgu Sarkhan masa tu.. 

Ni cikgu sains aku, Cikgu Lee Hock Chiu.. sporting betul suruh aku masuk jumpa dalam kelas..hehe

Masa aku melawat sekolah ni hari tu, bnyak kitorang imbau balik kenangan dulu2, n tentang kawan2 satu batch dengan aku.. seriously aku seronok sangat sebab cikgu masih xlupa aku.. =D

Terima Kasih cikgu, kerana mengajar dan mendidik seikhlas hati tanpa sedikitpun mengharapkan pelajar2nya kembali dan membayar segala jasa2 mereka..

*ni lagu yang aku selalu nyanyi masa kecik2 dulu*
"Guruku baik rupanya pula cantik, 
Setiap detik mengajar dan mendidik,
Dialah guruku, antara satu,
Daku sayang padamu, Guruku..."

Thursday 16 August 2012

AEO's Side Table

Adakah anda berminat dengan tajuk diatas??
Memperkenalkan, design baru syarikat kami, AEO's Side Table..
Dihasilkan oleh designer IKEAh kami, Afiq Omar, Ealine Tan dan Nur Asilah dengan idea asal dari Afiq Omar sendiri




mempunyai ukuran dimension 35cm tinggi X 80cm diameter



 haa, akhirnya siap pun meja projek kayu group kami.. Aku rasa bersyukur sgt sebab kitorang group first yang siap..hehe =D bila dah siap ni, baru perasan lawa gile meja ni.. ni sume pasal idea gila omar, kalu x, xmuncul la meja secantik ni.. hee.. thanks eline n omar..  :)

Saturday 11 August 2012

trying new KFC GREEN CURRY ;D

Assalamualaikum.. Hye, reader(s)
Ptg td aku dengan happy-nye telah berbuka puasa dengan mencuba KFC GREEN CURRY baru yg tengah popular kat iklan sekarang ni.. yippie... =D 

Sebelum ni aku asyik dengar kat iklan je pasal si kari hijau ni, masa tu sangat2 musykil nak tahu camne la rupe bndenye.. So malam td aku pun tanya Encik Google. Setelah tahu rupa bentuk, aku pun nak pulak tahu macam mana rasa dia pulak.. Yang ni xleh la tanya Encik Google kan, so aku pun cadangkan supaya kitorang cuba menu ni.. 

Tempat pilihan kitorang adalah KFC di bangunan Wisma KFC tu. Kat jalan Sultan Ismail kot kalau xsilap aku.. Kat sana okey la, xramai sangat orang kalau nak dibandingkan dengan KFC kat tempat aku, KFC Sri Gombak..huhu


sebelum makan sempat la aku bergambar2 dulu






ni dua set combo, ada air, kari hijau, nasi n 2 ketul ayam.. cheezy wedges tu add on ye


ni rupe green curry tu.. dalam dia ada sejenis kacang warna hijau yang aku xsure ape name dia

 tu haaa kacang nye :) nasi dia kaler putih, xmacam nasi ayam kfc sebelum ni

korang nak tau x, aku ngn Mr. K bersependapat yang rasa n texture green curry ni sama dengan gulai KETAM MASAK LEMAK CILI API.. hahaha.. crius macam tu la rasa dia... xmacam kari sangat..kaler lg la, hijau, langsung xmacam kaler kari..kihkihkih..

#kenyang jugak berbuka makan kfc ni, cubalah.. =D

Monday 30 July 2012

Bola Tampar ketika puasa

Assalamualaikum..
mula2 aku nak say sorry kalau ade yang xberminat nak baca entri aku kali ni..  ni saje je luahan hati aku.. sebab aku enjoy sgt hari ni, ade kenangan beshhh dengan kawan2 seperjuangan a.k.a. budak kelas aku..  hehe..
Macam tajuk diatas, kali ni aku nak tulis tentang KERAJINAN dan SEMANGAT KESUKANAN budak2 kelas aku...tak kira bila dan dimana. 
buktinya, main bola tampar walaupun puasa.. haha..

Al-kisahnye, petang tadi ade sorang classmate aku ni ajak main bola tampar.. name die razali (aku panggil jali je)..  dulu sebelum pose, kitorang pnah (sekali) main bola tampar, main 4 orang je, kat tepi blok..
mase tu  seronok gile sbb dapat enjoy + riadah + hilangkan stress + happykan diri..

So, setelah 2'3 hari die ajak kitorang main bola tampar, kitorang pun setuju..
Mula2 salina ngan catherine (cat) je yang semangat nak turun lepas balik kelas.  tapi bila aku tengok dorang semangat, aku pun naik semangat sekali, trus pi bersiap nak turun jugak. mardhiah (mar) pun nak bersiap skali.. so aku, salina n mar pun turun gelanggang..

Masa sampai sana, tgk2 jali dan cat dah cmpai dah, siap ade syed ikhwanuddin (syed) lg dok tunggu kitorang. dorang lagi awal..hehehe 
Pastu kitorang pun start main dalam 1 bulatan..

Tak lama lepastu, geng syammimi (mimi), hayati (yatt), dan madihah (madi) pun join sekali.. kemudian afiq omar (omar) pulak datang.. Lai tzy herr (lai) ade datang, tapi tengok sekejap je, xsihat kot sbb tu xjoin..
aku, salina, jali n mar seronok la sebab ingatkan xde sape nak main sebab pose..hee..

tengah main tu, tetibe nampak 2 orang budak laki tengah usha2 dari atas (blok dorang). aku rabun kan, xpakai spek pulak tu, mane nmpak.. rupe2nye,  tu budak kelas kitorang gak.. tuan muhammad zulfadli (tuan) ngn syafiq (syapik).. ape lg, kitorang pun ajak doirang utk memeriahkan majlis..
dorang sporting sgt hari ni, sanggup turun.. =) maka kami pun main bola tampar beramai2 dalam 1 bulatan..

main sampai pukul 7,  kemudian pegi kafe beli makanan berbuka.. =D
 tq kawan2 sebab sporting hari ni..sanggup turun walaupun pose.. sayang korang sume...

*ade lg classmate aku yang lain, tp dorang xde td.. len kali kalau dorang ade aku tulis pasal dorang skali eh*
tata..out..

Sunday 29 July 2012

Gastrik

Assalamualaikum buat sesiapa yang tengah baca entri ni.. =)
Alhamdulillah dah genap seminggu kita berpuasa kan..syukur setakat ni aku masih mampu puasa penuh..
em, maksud aku, stakat ni xpernah la aku terpaksa berbuka sebab gastrik teruk..

Tahun ini, sama macam tahun2 yang lepas, aku masih berpuasa bersama2 dengan sakit gastrik yang setia ngn aku ni.. last aku berpuasa aman tanpa gastrik mase aku darjah 5, so kirenye dah 9 tahun la aku kene sakit gastrik ni.. huhuu.. amat menyiksakan.. :'(
pagi tadi, mase nak sahur, tetibe je aku kene gastrik.. tanpa sebab.. so lepas makan nasik tu, aku terus kunyah ubat gastrik yang pahit + tak sedap tu..mula2 makan 2bijik je, tp sakit x hilang, makan 1bijik lg..Kalau korang nak tau kan, perangai gastrik aku pelik sikit, ade beberapa sebab dan punca yang boleh menyebabkan aku gastrik.. (tak tahu la orang lain yang ade gastrik tu same perangai macam aku ke tak) kalu korang ade gastrik jugak, sila la komen kat bawah ni ye, nk jugak tahu perangai gastrik korang.. hee
okey, back to the story td, antara sebab yang boleh wat aku gastrik adalah ;

1- makan pedas atau minuman bergas (standard la kan, sume pesakit gastrik macam ni)
2- segala jenis sakit perot.. contohnya, perot memulas ke, sesungut dan senggugut ke, haa, sume tu akan berakhir dengan gastrik..huhuhu
3- menahan.    hehehe, ni lawak sikit aku rase.. kalu tahan kencing atau tahan kentut pun nnti boleh gastrik..hahaha..
4- tak makan dalam jangka masa yang lama.. kalu tak makan,tggu je la akibat..

5- makan banyak dengan kadar yang laju..ni biasa jadi tyme aku dah lapar sangat, so makan la laju skit kan.. haa,nnti kene la gastrik tu..hmm
6- ke'cuak'kan.. yang paling aku perasan, bila tyme aku nak test, exam, or ade assessement.. bila takut je, mula la gastrik menyerang..

yang kat atas tu antara punca2 gastrik yang biasa aku alami..
cara nak hilangkan gastrik ni pun ade pesen die.. kadang cepat sembuh kadang lambat gile sembuh, sampai 4 hari masih xelok2 lg..
syukur sekarang gastrik aku dah xteruk macam zaman matrix dulu..
cara nak hilangkan/kurangkan gastrik pulak ;

1- makan ubat. xkisah la bijik atau ubat cair.. tp ubat cair lg cepat berkesan..
2- minum susu sebelum gastrik makin teruk. kalu dah teruk, nnti minum susu pun akan muntah balik.

3- duduk dalam keadaan sujud
4- baring or mengiring

5- kentut or sendawa banyak2..yang penting angin tu kene bg keluar dari badan
6- minum teh o' limau suam.(limau kasturi tau, jangan limau purut or limau nipis). yang ni petua dari sorang pakcik tu, aku amalkan, oke la.. berkesan.. yg num 6 ni korang boleh cuba... =)
em, kalu korang punn ade gastrik, sila la kongsi cerita ye.. k salam.. tata.. =)

Friday 27 July 2012

Bubur lambuk

Assalamualaikum...
Hye, rindunye kat blog.. dah lame rasenye aku x membebel kat blog ni..
Sorry la sygku, bukan sengaja, tp busy skit, lg pun xde gmbar best nak letak.. story tu ade, tp xbnyak..hehehe
mood sekarang cume nak sembang-sembang je.. =D
 em, aku nak bg tau, yang tghhri ni result final exam sem2 tahun1 bakal keluar... aku harap aku boleh dapat keputusan yang okey.. takut la..huhuhu.. =/

So, amacam pose? =) aku stakat ni okey.. baru dua kali pergi bazar, yang lain beli kt kafe kolej je.. =)
hari tu aku tringin mak makan bubur lambuk kampong bharu.. dengar cerita popular sgt bubur tu, aku dh 2'3 tahun tringin nk pegi amik, tp rumah jauh dr kg baru, so malas nk pegi..
Tp thun ni aku pose kt kolej UTM KL, xjauh sangat dr kampung baru, so boleh la pegi.. =D
Aku pegi lepas balik kelas dlm pukul  4petang cmtu la.. bertolak dari kmpus kat jalan semarak..smpai kawasan kg baru, fuhhh,,baik punye jem.. dah la naik kete, lame gile stuck.. kitorang terlepas simpang mula2 so kene lalu chowkit dulu sbb one way.. kt chowkit tu la jem teruk.. tggu pnye tggu n pusing pnye pusing, xjumpe jugak tmpat amik bubur lmbuk tu..kitorang dh malas nak tggu dah..orang ramai sgt.. tetibe aku ade nmpak ade sorang abg tu tgh tunggu kat meja bersama bubur lambuk. Aku trus keluar kete n bertnya
 "bang, jual ke ni? berape 1?"
"Rm2"
"okey, bg 2 ye"
selesai berjual beli, kitorang pun trus chow dri kawasan kg baru tu.. dh keluar baru la lega.. tp still jem gak kat semua jalan yg menuju keluar dr KL..tyme orang balik keje kan, biase la.. hmm.. last2 aku cmpai kolej pukul 6.30 n tru pegi bazar beli makanan.. 
tu la kisah bubur lambuk kg baru aku.. bukan amik free kat masjid, tp beli..hahaha.. pasni xmo p ambik dah.. kalu nak pergi aku cadangkan korang pegi naik motor, senang nak mencelah.. =D

Sunday 15 July 2012

JOM Air Terjun Sg. Gabai

Assalamualaikum..hye..
Kali ni aku nak menulis tentang percutian aku masa hujung minggu ni.. ;-)
Destinasi pilihan aku n classmate aku adalah Air Terjun Sungai Gabai, Ulu Langat, Selangor.. (Buat sape2 yang tak pernah pegi kt sana, silalah pergi ye, crius best gilerrr......) =D

Emm,, sebelum aku cerita lebih lanjut tu, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kt mama-papa naja n mak-ayah mar sebab sudi jadi penaja utama kitorang semalam..Makan n transport semua ditanggung beres..hee
Semalam kitorang bertolak dari kolej seawal jam 7pagi sebab risau jalan jammed, nnti lmbat pulak cmpai, bila lambat campai, nnti xdapat cop tempat lepak yang best..haha.. 



ni kitorang bergambar kat signboard sg gabai sebelum mandi..hee

cuba korang tgk tangga ni..selamat kitorang dah sarapan.kalu x, pengsan la nk mandaki tangga yang tinggi ni..ni baru sikit tau, tangga dia tinggi gile..hoho

aku rase dah xsabar nak mandi bila tgk air ni, tyme ni tgh mendaki anak tangga lagi

ulat gonggok besar pun ade kat situ.. 

rasanya aku stop 10kali kot sepanjang daki anak tangga ni..penat wehhh.. demi air terjun, ku gagah kan diri,,hehe

dah start nak mandi dh..sejukknya air... =D

ni bahagian atas sikit..ada air terjun yg boleh urut badan,hee

ni gambar dorang yang dh menggolongsor kebawah..
jangan risau, batu tu lembut je, xsakit badan..hehe

ni barang2 kitorang atas tikar











lepas dh puas mandi, so kitorang pun start kemas nak balik.. masa tu dlm pkul 1.30 kot..
n last skali, kitorang bergambar kenangan sebelum balik


aku harap dapat pergi sini lagi lain kali.. =D
sekian, bye2..

Friday 13 July 2012

kisah bengkel 12 julai 2012

Assalamualaikum..
Sebenarnye tajuk ni sempena kejadian yang berlaku kat aku masa kat bengkel kayu petang td..
AKU TERSALAH GOSOK STYROFOAM MEMBER.. =(
(foam naja)

memang la xde efek papepun, tapiiii...... penat ler menggosok, ang tau dak??
adoyai, dah penat2 gosok, dah tarok air bagai, bile nak wat lapisan cat emulsion yang kedua, 
tibe2 dengar member aku sibuk cari foam die yang die parking atas meja lepas taruk cat emulsion td..hahahahaha.. 
(dalam hati, err, aku rase macam tau je mane foam die lari, foam atas meja tu la yang aku kebas td, ingatkan aku pnye.. =P )
 So aku pulangkan balik styrofoam die n start searching foam aku yang lupe letak tu..
Last2 aku jumpe foam aku yang sedang dijemur tgh panas untuk bagi cat die kering..
so aku pun start gosok foam aku pulak lepas tu.. hehehe...malunye tercuri foam orang  =D

sambil gosok2 tu, ade plak aku ternampak kawan aku yang duk gosok foam kat tepi sungai yang ade kat belakang bengkel tu.. (eh, UTM KL ade sungai ke??? ) haha, kalu hati banyak gumbira, longkang pun kite nampak sungai kan..ahaha.. =D



bercanda di tepian longkang, kita bersama memadu asmara, di bengkel kayu...haha
gurau je eh, ni aku saje je cakap dorang dating tepi longkang, sebenarnye dorang tgh gosok foam tu.. ;-)

Buat naja areca catechu, sorry ek tercurik foam ko td.. hihihi... =P

Wednesday 11 July 2012

posing di bengkel kayu

Assalamualaikum.. =)
Hari ni, macam biasa, kelas kami di bengkel kayu dan bengkel SRI.. 
Task yang diberi adalah potong 3 jenis material berukuran 100mm X 200mm mengikut ketebalan material tersebut. 
Material yang diberi adalah katu jelutong, PVC, dan styrofoam (xsure ejaaan tu btol ke x)
Lepas potong, kene buat finishing supaya surface die nnti nampak berkilat mcm cermin. huhu,susah ke x??aku pun xtau, xsiap lg ni, keje kene sambung lusa..

Td aku belajar cara guna mesin potong kayu... fuhhh, satu pengalaman baru kot.. Alhamdulillah aku dapat kendalikan mesin tu masa potong kayu jelutong td.. best tau dapat belajar guna mesin tu..hehe =P 
nnti lain kali aku upload gmbar mesin tu plak tau..







gambar handphone "i-mau" n keychain yang aku touch-up dr pemilik asalnye xde la palk, kalu x boleh sumbat kt cni skali.. 




Monday 9 July 2012

PUDING ROTI rumate aku



Petang tadi aku dan rumateku : mimi bersama jurukamera dari bilik sebelah : alia telah berpakat nak wat puding roti.. =D 
semalam aku dh beli pemukul telor dh supaya senang mimi nak pukul telor nnti..hehe

Mula2 kitorang sediakan bahan2 nye seperti dalam gmbar di bawah ~
ada gula, susu cair, majerin, telor, roti dan esen vanila.


kemudian pukul telor bersama gula dan majerin dengan sukatan yang rumate aku pakai agak2 je..haha



dalam masa yang same aku tolong buang bahagian tepi roti sbb rumate aku cakap nnti keras kalu x buang.



sementara tu, letakkan roti yg dh dikoyak2kan ke dalam aluminium dan tuangkan susu cair ke atas roti tersebut







panaskan gula bersama sedikit air dan kacau sehingga ia menjadi perang..macam nk buat gula hangus..






apabila ia dh perang, tuangkan bancuhan kedalam bekas aluminium, letakkan roti td dan tuang adunan sekali lg di bahagian atas,






kukus sehingga ia masak =) macam ni



TADAA!!!!!  DAH SIAP!!  =D
ni la rupanya selepas ia diterbalikkan.. =D
sedapkan.. selamat mencuba..

credit to : nur syammimi (rumate aku)
alya farhana (jurukamera)

Sila Klik