Assalamualaikum..
Hmm rasanye dah lama aku x membebel kat blog ni. Yela, last aku update hari tu, sebelum raya.. so kira hampir sebulan jugak la aku stop blogging.hehe..
Haa, kali ni ade satu cerita yang aku nak kongsi..
Masa seminggu lepas raya hari tu, aku berpeluang melawat ke sekolah lama aku masa darjah 4 dan 5 tahun 2002 dan 2003 dulu..Dah sepuluh tahun berlalu..huhu..
Buat sesiapa yang tak tahu, sistem cuti negeri kelantan lain sikit dari negeri2 lain, diorang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu & start semula pada hari Ahad. Bagi aku yang duk kt kl ni plak, Ahad masih cuti jadi aku masih berada dikampung.
So aku dengan rasa eksited dan hepi-nye telah menelefon cikgu Rosli Ahmed (cikgu matematik aku dulu) untuk buat confirmation / appointmen. Kang, buatnye masa aku pergi, cikgu xde kt sekolah, kan naya tu..Cikgu lain kebanyakan cikgu baru, aku xkenal. 1st thing yang buat aku hepi adalah cikgu masih ingat aku.. :D
Aku pergi dengan adik sedara yang pernah sekolah kat situ jugak..
Nama ex-sekolah rendah aku adalah Sekolah Kebangsaan Kubang Telaga (SKKT), terletak di daerah pasir Puteh, Kelantan..
Sampai je kat sekolah, aku terus menuju ke tempat yang dijanjikan, iaitu bilik komputer SKKT merangkap ruang pejabat Cikgu Rosli..
Tak sangka, rupa2nya cikgu Rosli dah bagitau tentang kedatang aku ni pada cikgu2 lain yang sempat mengajar aku dulu. So sempat la aku jumpa cikgu Sarkhan jugak.Sayangnye aku terlupe nak bergambar dengan cikgu Sarkhan masa tu..
Ni cikgu sains aku, Cikgu Lee Hock Chiu.. sporting betul suruh aku masuk jumpa dalam kelas..hehe
Masa aku melawat sekolah ni hari tu, bnyak kitorang imbau balik kenangan dulu2, n tentang kawan2 satu batch dengan aku.. seriously aku seronok sangat sebab cikgu masih xlupa aku.. =D
Terima Kasih cikgu, kerana mengajar dan mendidik seikhlas hati tanpa sedikitpun mengharapkan pelajar2nya kembali dan membayar segala jasa2 mereka..
*ni lagu yang aku selalu nyanyi masa kecik2 dulu*
"Guruku baik rupanya pula cantik,
Setiap detik mengajar dan mendidik,
Dialah guruku, antara satu,
Daku sayang padamu, Guruku..."
Terima kasih kerana masih lagi mengingati kami di SKKT...
ReplyDelete