Monday 24 June 2013

Day 6

Assalamualaikum.
Hari ni merupakan hari ke-enam kami semua menjalani Latihan Industri. Seperti yang korang semua sedia maklum, sekarang ni negara kita tengah dilanda masalah jerebu yang teruk. kitorang yang berada di KL ni pun tak terkecuali terkena tempias perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ni. Pagi tadi masa nak pergi kerja, tersangatlah sakit hati aku bila asyik dok bau asap macam orang bakar sampah je. dah la penglihatan kabur. pedih dah hidung aku asyik dok gosok2 je. macam nak demam rasa. pas tu tengahari tu, aku dan yana pun pegi beli face mask kat kedai berdekatan. Satu kotak aku beli. yela, kalau beli satu-satu lagi mahal jadinya.

Mengenai kerja hari ni, hmm, hari ni Iron tak ade. hehe. tapi... walaupun die takde, pagi2 lagi, masa aku buka facebook, dah ada noti yang nama aku ditag dalam satu post. haa, sape lagi, Iron la..  awal2 dah bagi task kat kitorang dalam facebook tu ha.. huhu.. bukan satu, tapi sepuluh idea yang kitorang kene cuba untuk meng"cool" kan lagi t-shirt kitorang tu. die suruh kitorang sketch lagi idea yang diberikan tu. aku baru buat sikit. hehe...

untuk kerja aku, hari ni aku buat design baju aku tu dalam Photoshop dan illustrator. mula2 trace sketches guna Ai, lepas tu colour guna Photoshop


(aku ni jenis yang tak pandai sangat melukis dan membayangkan. so bila dah dapat hasil macam ni pun aku dah rasa seronok dah. hee)

em, tu je la untuk hari ni. nanti aku hapdet *update* lagi tau. tata >,<

xoxo, 
Asilahmn

2 comments:

  1. untuk Illustrator yg aku perasanla, diorang akan 'bold'kan outline tebal sikit dari line dalam. ce tebalkan sikit line luar. :D

    ReplyDelete
  2. Owh yeke.. okey2 nanti aku try buat.. yg ni pun iron suruh ubah lg ni. Huhu.. btw, tq mar :)

    ReplyDelete

Sila Klik