Ya Allah, ngerinya bila aku tengok gambar ni td.. Em, entri kali ni aku terjumpa dan terbaca bila salah sorang kawab fb aku share post dari akaun fb Kelab Soal Jawab Ibu Dan Bakal Ibu.
Dan disebabkan aku agak takut dengan ape yang aku nampak ni, so cepat2 aku rasa nak share supaya ibu2 dan bakal ibu diluar sana dapat amalkan petua ni supaya cepat sembuh dari luka ini. Untuk mereka2 yang telah mengalami Episiotomi ni, anda bolehlah amalkan petua berikut ye;
Petua 1 : Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian luka. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga luka sembuh.
Petua 2 : Amalkan memakan ikan haruan - bakar atau rebus. Jangan digoreng.
Petua 3 : Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Petua 4 : Campurkan biji halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut hingga mendidih. Minum air rebusan tersebut setiap hari semasa masih suam.
Petua 5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus. - ibu dan anak darah O perlu elakkan lada hitam diawal pantang.
Petua 6 : Basahkan manjakani. Asah pada bontot pasu. Sapukan pada bahagian luka.
Petua 7 : Banyakkan makan zinc complex. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka luaran dan dalaman.
Petua 8 : Sits bath - rendam punggung di dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersihkan luka sehingga ke dalam vagina.
Petua 9 : Senaman kegel - dibuat 100-200 kali sehari untuk melancarkan perjalanan darah ke vagina. Dengan itu, luka cepat sembuh.
Petua 10 : Minum air kunyit. Kunyit kaya dengan antiseptik. Namun, tidak boleh diambil selalu. Amalkan minum sebanyak tiga kali sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya selepas seminggu berpantang dan di minum selama tiga hari berturut-turut.
SERAM!!!
ReplyDeletetau takpe.. mesti sakit kan..
Delete