Monday, 16 December 2013

Tahukah Anda ???

Artikel ni juga aku dapat dari blog penpatah. its good to know this fact. :)

Selain Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah satu-satunya bandar di dunia yg tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya. Yang ada hanyalah Masjid dan Surau.

Itu adalah melambangkan keagungan Islam yang didokong dan diIlhamkan oleh Tun Dr. Mahathir.


Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan MASJID yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).

Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan mengutamakan Bumiputra.



Masjid Ke-2 Putrajaya pula ialah MASJID BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam. 

Fakta Menarik : 7 tempat menakjubkan di Malaysia !!!

Assalamualaikum.. entri kali ni aku kopipes dari blog penpatah je. sebab aku rasa fakta tu menarik untuk aku tahu. so korang pun boleh la baca juga ye.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)



Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya



Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.



3.Menara Kuala Lumpur



Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.



4.KLIA



Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.



5.Menara Condong Teluk Intan



Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.



6.Jambatan Pulau Pinang



Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.



7.Bangunan Sultan Abdul Samad



Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.




so, again, fakta ni credit to blog penpatah ;)

How To Live a Healthy Life

Food
Exercise
Sleep
Manage stress

Friday, 13 December 2013

Tips Mengurangkan Stress

Di petik dari penulisan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt terhormat. Di anatara tips utk tangani stress: 

1. Jaga Solat, zikir dan selawat
2. Baca al Quran / kitab agama
3. Hidupkan sunnah2 harian
4. Maafkan semua kesilapan orang lain
5. Bersedekah dgn ikhlas kpd mrk yg memerlukan
6. Ingatkan mati & lakukan yg terbaik utk menghadapi kematian
7. Tidur yang cukup
8. Bangun tidur secara konsisten
9. Bertenang sebelum tidur & elak fikirkan perkara yg rumit & merisaukan. Baca doa & zikir sambil berbaring hingga lelap.
10. Tidur mengiring ke kanan utk lebih nyenyak & bangun tidur dlm keadaan yg segar & bertenaga
11. Bangun tidur dgn SENYUMAN & BERDOA
12. Qoilullah, ie tidur sekitar 10 minit sebelum solat zuhur
13. Peluk bayi utk pamer syg, dpt ketenangan & hilang stress
14. Kegiatan riadah atau bersukan utk sihat & kurangkan stress
15. Mengawal diet-- byk mkn buah2an, sayuran, ayam & ikan & kurangkan mkn daging lembu/ kambing
16. Membelai selalu org yg tersayang
17.Jadi orang baru-- cuci hati, positifkan minda, perbaiki setiap amalan & lakukan rutin postif yg baru
18. Latih diri utk sentiasa Senyum. Endorphins yg di rembeskan oleh badan akan buat kita tenang & ceria.
19. Urut org lain atau minta di urut utk reduce stress
20. Mandi air suam akan kurangkan stress
21.Ceritakan masalah kepada orang lain atau kaunselor
22. Tengok ikan dalam akuarium
23. Menangis akan kurangkan stress
24. Tukar skrip atau bisikan kendiri agar sentiasa positif
25. Lebih tegas (asertif) agar tak terbeban dgn tugas
26. Tukar imej diri dan tingkatkan harga diri agar lebih syg kpd diri
27. Penafasan yang sempurna- oksigen yg cukup akan tenangkan fikiran
28. Bercerita dan mendengar cerita
29. Bercuti/ berehat/ bersantai
30.Menjerit di tempat yang 'private‘
31. Minta izin utk laungkan azan di Masjid/ Surau
32. Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang
33.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya
34.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang
35. Nilai semula pegangan dan keutamaan
36.Sentiasa redha dan bersyukur
37.Minta bantuan pakar/ ulama
38.Menonton/ membaca kartun
39.Dengar ceramah motivasi
40.Dengar ceramah agama
41.Lihat bunga atau pokok hijau
42. Berkebun/ bertanam sayur
43. Bermain dengan haiwan kesayangan
44. Cari kumpulan sokongan yang positif
45. Aroma terapi --urut, mandian, rawatan kulit, vaporiser
(Bahan-bahan = lavender, camomile, rosemary, limau, eucalyptus)
46. Terapi warna (Gunakan kombinasi warna untuk merangsang emosi dan fizikal)
47. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
Moga Allah kurangkan stress kita & lindungi kita semua. Aameen, wassalam.


Thursday, 12 December 2013

Biru?

Tetiba baru perasan. adakah sebab ni, maka tema hantaran hr tu jadi biru-pink? entah la. heheheh


Kenangan Itu Masih Diingatan


Hari ni aku ada lawatan ke MIMOS dengan bebudak kelas aku. Masa otw ke sana tu, kami ada lalu kat Stadium Bukit Jalil.. bila trpandang je tempat tu, automatik pelbagai kenangan lalu terlayar semula kat minda aku.


Dulu, masa belajar di Kolej Matrikulasi Johor tahun 2011, aku akan naik bus Cepat Express untuk pergi ke kolej aku kat Tangkak. masa tu berminal bas TBS masih dalam pembinaan, so bukit jalil dijadikan terminal bus sementara. biasanya balik johor, bus aku pukul 2.30 atau 3pm. kalau sampai kl dari johor, sekitar pukul 7pm

antara knangan yang aku masih ingat adalah :

-kt situ adalah tempat perent aku selalu hantar aku untuk balik kolej.
perangai aku dari dulu, mmg malas bila time balik kolej. msti lambat2 siap. so pernah suatu ketika tu, aku lambat sangat sampai makan tengahari pun tak sempat. last2 aku tapau untuk makan masa dalam kereta. hehehe.. pastu disebabkan lambat tu jugak lah, abah aku terpaksa pecut keta 140km/h untuk kejar masa bus bertolak tu. hehe. angah minta maaf. tq mak abah.

- kat situ jugak lah tempat pertama kali dan untuk kali2 yang seterusnya, aku di jemput bila balik kl. hehe. kalau balik sendiri naik tren,lrt n bus, akan makan masa 2jam. kalau balik dgn kenderaan sendiri, makan masa 40minit. aku selalu menunggu kat stesen tu. kadang aku lambat, kadang aku sampai dulu. tq so much, kasih sayangmu itu akan ku kenang sampai bila2.

- kat situ jugak aku terpaksa menuggu bus yang delay selama 3jam. hissshh, marah betul bila ingat semula. sepatutnya aku naik bus pukul 3ptg. tapi ntah ape masalahnya, bus tu ak gerak2. selamat msa tu akak n adik kesayangan aku hantarkan aku ke bukit jalil. so nasib baik la aku tunggu bertemankan diorang. 3jam tahu. lama gila.
bila sampai tangkak pulak, nasib malang lagi. sebab dah lewat pukul 9 masa tu, so bila ada sorang pakcik ni mengaku dia tu kereta sewa n ofer nak hantar aku ke kolej, aku pun naik. dah la dia pakai kereta wira biasa je, nasib baik pakcik tu jujur. kalu tak naya aku kene culik. nauzubillah..sampai kolej,  kene marah pulak ngn pakgad. serius hari tu aku ingat sampai sekarang. malang betul.

- pernah sekali, aku balik kl masa cuti lama, tp malangnya parent aku balik kg. sbb risau aku dok sorang kat rumah, so aku kene duk ngn makcik aku kat putrajaya. so malam tu paksu aku yang masih bujang datang tunggu n jemput aku untuk dihantar ke rumah makcik aku. tapi sebab dia masih bujang n xde ape2 komitmen, tetiba kitorang ubah fikiran. tak jadi gi rumah makcik aku. on the spot kitorang decide untuk balik kampung kelantan. pakcik aku balik kg sehelai sepinggang je sbb masa tu dia baru balik keje. haha, tp xpe la kt kmpung tu rumah mak dia. confirm ada baju dia.

- kt bukit jalil tu jugak la tmpat air mata aku selalu tumpah. kahkahkah.. mana tak nya, bila dah naik bus, fmily aku akan tunggu sampai bus gerak. bila bus gerak, diorang pun akan saing gerak sebelah bus. aku dok lambai2 adik2 aku dari dalam bus n diorang lambai dari dalam kete. bila sampai simpang yang memisahkan jalan balik gombak dan jalan ke selatan, mata aku akan start bergenang. sedih woo berpisah dengan family. haha
tp tu masa aku still budak manja dulu la. hihihi

hmm, tu je la cerita2 best yang aku ingat masa kat bukit jalil. cerita lain2 ade tp kas kecik2 je, malas nak taip.

k semoga cerita ni jadi kenang2an buat diri aku sendiri.

wasalam.

Monday, 9 December 2013

Disebalik Hati Wanita

# 1
Perempuan boleh membezakan bila orang yang dia sayang tu berbohong atau tidak. Tetapi perempuan selalunya berpura-pura tidak tahu untuk menjaga hubungan dia. Mungkin kerana terlalu sayang.


Tips Buat Suami Ketika Isteri Bersalin

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.


Nilai Sebenar Seorang Isteri

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” 
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda..


Friday, 29 November 2013

Petua Suami Isteri

Entah dari mana tah aku dapat petua ni. mungkin aku terlupa nak copy link kot masa ni. Papepun, baca lah ye petua ni semoga bahagia selalu


ISTERI
Jika si isteri tiba-tiba tidak mahu bercakap, adalah sesuatu yang dirajuknya itu. Adalah yang dia tidak berkenan dengan tingkah laku kita. Berikan dia penjelasan, mohon maaf, insyaAllah bahagia hatinya. 

SUAMI

Jika si suami tiba-tiba tidak mahu bercakap, mungkin dia sedang marah. Sesetengah orang lelaki apabila marahkan isteri, dia banyak diam. Berikan dia ruang dan masa. Usah banyak desak dan tanya, mengamuk jadinya nanti. Lakukan sahaja tugas sebagai isteri sebaiknya. Nanti redalah perasaannya itu.




Wednesday, 27 November 2013

Tips Mendidik Anak Lelaki

PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun

2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya

3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal

4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu

2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil


dicopy dari https://www.facebook.com/cintaselepasnikah

Friday, 25 October 2013

Derma Darah Lagi

Assalamualaikum...
Well, well, well,, dah lama rasanya aku x menaip ni kan.. mmg lama pun kalau compare dengan masa aku tengah LI hari tu.. hehee
hari ni aku nak taip secara touch n go je, xde nak cerita panjang, cuma nak bagi tau yang kelmarin diorang derma darah lg. hee, siapa diorang tu? budak2 kelas aku la..huhu
steady je masing2 time ambik darah tu. lepas derma pun sihat walafiat lagi. masih bertenaga. haha..

ni antara gambar2 diorang td.. aku?? haha xyah tanya la, aku aku pilih untuk x derma. risau kejadian dulu berulang lagi. hehe.. ni gambar diorang.. tahniah kerana berjaya mendermakan darah anda. :)














Thursday, 17 October 2013

Tips Temuduga

Assalamualaikum.
Heyy korang... mai baca ni kejap. Aku baru jumpa ni dari penulisan sesorang. Its good to know.
Silakan baca... 

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

“SAYA BERASAL DARI KAMPUNG SEKIAN, SEKIAN..ADIK BERADIK 11 ORANG, SAYA ANAK YANG SULONG, IBU BAPA SAYA BEKERJA ITU DAN INI”

“SAYA SEKOLAH TADIKA DI…, “

“SAYA SUDAH BERKAHWIN DAH PUNYAI ….ANAK”

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

TAHAP SATU

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain”

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda.

Thursday, 19 September 2013

Cara Buat Anak Solat Tanpa Perlu Disuruh dan Dipaksa

Post ni aku copy dari fb, satu post dari pengalaman seorang ibu. aku harap post ni dapat membantu aku dan jugak kalian si pembaca.




Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.


Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn.


semoga post ni memberi manfaan kepada semua. :)

Resepi Dorayaki

Kalau korang ada tengok cerita Doraemon masa kecik2 dulu, mesti korang ada tengok doraemon makan benda ni kan. haa, ni lah kuih dorayaki doraemon. haha.. aku amik resepi ni dari fb Buku Resepi. Aku tak try buat kat rumah lagi setakat ni, nnti aku dah try nnti aku tunjuk gambar tau.. ;)
sebelum tu, ape kata korang cuba buat dulu n komen review kat aku. ok? hee


Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:

kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra.

Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm.

Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 


haa, itu saja. nnti jangan lupa like n komen tau.
nnti aku post resepi lain lagi ok.

xoxo,
Asilahmn

Friday, 13 September 2013

Yong Tau Foo

resepi ni aku dapat dari post fb, resepi dari Anna Camfrog. kalau korang nak resepi lain2, korang boleh pergi kat fb Buku Resepi
so, kat bawah ni adalah resepi yong tau foo yang aku amik.. ingat nak cuba balik rumah nanti.kalau dah cuba nnti aku bg gambar versi aku pulak tau..  :)

Bahan~Bahan (kuah) :

*Air (scukupnye)
*Kiub ayam
*Serbuk Lada putih
*Garam
*Daun sup
*sosej
*brokoli
*enoki mushroom
*White crab mushroom
*bbola ikan putih
*kek ikan pjang
*pucuk roll
*dai ha tau pok
*udang
~masukkan air scukupnye dlam periuk, masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada putih...masak sampai mdidih...masukan semua bhan bertanda *..rebus skejap...sebatikan rasa....siap

SOS HITAM

1sudu cili giling
1sudu sos tiram
1sudu kicap pekat
1sudu tepung jagung
Belacan
Garam
Gula merah (hitam)
Gula
Air
Minyak (utk mnumis)

~Pnaskan kuali..tuang sdikit mnyak....masukkan cili giling, tumis smpai hampir2 garing, masuk sdikit gula merah (hitam)
Kacau smpai cair...masukkan pula sos tiram dan kicap pekat dan air..kacau...sebatikan rasa dgn gula serta garam...
*bancuh tepung jagung dgn sdikit air, masuk kedlm sos tadi....biar pekat dan didih...siap
~hiaskan dgn bijan dgn telah dgoreng tanpa minyak

P/s~bahan2 utk yong tau foo, korang bleh tukar mgikut selera korang sendiri....

okey itu saja, selamat mencuba.. ;) 
kalau sedap atau tak sedap komen tau.


Saturday, 7 September 2013

Ais krim Oreo Homemade

Resepi ni akak aku http://zulaikhamohdnor.blogspot.com yang post kat fb aku. dia share dari mana ntah. And aku dah cuba dah resepi homemade ni. Sumpah sedap. lagipun senang je nak buat die. Nak resepi? tengok bawah ni  ;)


1)
- setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair (aku guna susu full cream dutch lady)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal. kalau tak tahu avalette ni, korang boleh gi tanya kat kedai kek. biasa ade jual kat sana)
- satu sudu esen vanilla

(blendkan kesemuanya sampai gebu)

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) makan. 


masa aku buat tu, lama sikit nak tunggu dia keras. masa tu aku dah nak balik kolej. so aku makan terus masa dia dah sejuk tapi belum keras habis. tak tahu la adik2 aku tunggu sampai die keras atau sama perabis lepas aku balik kolej. haha.

dah, pegi cuba cepat. sedap dan senang. :D





Friday, 30 August 2013

Kek Coklat Karamel

Resepi ni aku jumpa kat fb Buku Resepi. Nampak macam senang je, so aku pun try buat. Ni resepi dia :

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel (masak gula sampai warna keperang-perangan. gula saja tau, jangan campur air)

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen vanila
* Pukul semua bahan diatas sehingga menjadi lembut dan gebu

Bahan kek:
Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko (aku guna separuh cawan coklat bar n separuh lagi serbuk milo.pun boleh jugak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

(untuk bahan B ni, aku masukkan soda bikarbonat sahaja sbb baking powder xbeli)

Bahan C:
3 biji telur - diblend atau dipukul atau guna mixer terus je.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan B kedalam campuran B + A tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana. Kemudian biarkan sebentar sehingga ia tegang di permukaan.
3. Masukkan kesemua bahan kek (A+B+C) ke atas puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Tadaa... 




Nyum nyum.. sedap gila baq hang..  Yang coklat tu gebuuu je.. Puding pun sedap Tak manis sangat, cukup2rasa je. Korang pun cuba la tau.. 
Selamat mencuba ye. ;)

Saturday, 24 August 2013

Raya 2013

Sehari sebelum raya, aku n kakak aku sekali lagi buat apam yang kitorang baru belajar buat, Apam Polkadot. Resepi dia ade kat rumah la, nnti la aku share kan ngn korang ye.. ni kali yang ketiga kitorang buat, baru la menjadi. Naik dan gebu elok..  Biasa la, kami budak2 baru belajar masuk dapur. kahkahkah.. :P


Sayangnya, raya hari tu kitorang tak sempat nak ambik gambar ramai2.. Sempat ambik gambar sikit2 je..
aku suruh akak aku ambikkan gambar aku, alih2 die plak yg suruh aku ambik gambar dia. Aku oke je la, ambik gambar cntik punya.. Lepas tu dia cabut dengan urusan lain. Gambar aku tak sempat posing.. Haih la akak aku ni.. hoho.. Ni gambar adik aku ngn kawan dia.. adik aku baju hitam n baju hijau tu.. Ambik gambar buat kenangan. kawan dari kecik, dah besar nanti boleh tunjuk kat doirang. haha.



yang ni pulak jiran cina aku. haa, siapa kata dengan iklan mewah je boleh pupuk semangat perpaduan. kitorang rilek je berjiran. raya puasa n raya haji dia datang raya rumah aku, makan nasi impit n aku masak spagetti, raya cina dia bagi kitorang angpau, air kotak n buah oren. haa, semangat berjiran la tu kan.. :D


yang ni pulak, Mr K dengan kawan2 nya datang beraya. tahun ni kali ke4 Mr K datang beraya kat rumah aku. kali pertama dia datang lebih kurang 8orang, kali kedua datang 3orang, kali ketiga datang sorang dan kali ke 4 datang 5orang. hari yang sama dengan auntie td tu dtg. Aku masak spagetti...nyum2..anak auntie kata sedap, dah boleh bukak kedai katanya. hehe :P


segan sebab abah ade time bergambar ni.hahaha


itulah cerita raya kali ni..  ;)


Pre Raya 2013

Assalamualaikum..
Hehe, orang lain dah nak abis raya dah pun, aku baru nak post entri pasal raya kan. Haha.. bukan tak nak post awal2, tp sebelum ni aku busy la. mana tak nya, raya ke5 aku dah kne start kerja semula dah.. kesian kan.. so terpaksa la aku tangguhkan niat aku nak post entri raya tu.. ni skrg aku nak update la ni. aku bg full story pasal pre, pro n post raya kali ni okey. ;)

Sebelum tu, aku nak bgtau buat sape2 yang mungkin tertanya2 pasal kes aku dah bertunang tu, Sebenarnya Mr K dah lama dah ajak aku bertunang, dari dulu lagi, tp tak pernah lepas, ade je halangan n alasan. Tapi ntah macam mana ntah, mungkin dah smpai masa kot, kali ni bila dia kata nak bertunang n bila aku bgtau mak abah, semuannya macam berjalan lancar je.. Planning n preparation berlaku dalam masa sebulan je..memang aku sendiri pun tak jangka sebab dah banyak kali proposal tak lepas. so ingatkan kali ni pun tak lepas jugak la kan. hehe.. :P

So, beberapa hari sebelum raya hari tu, aku dan Mr K keluar pergi shopping baju raya sama2. sambil2 tu kitorang cari baju yang nak pakai msa tunang nanti sekali.. Seronok shopping raya sama-sama. Sebelum ni, walaupun aku dah banyak kali keluar ngn Mr K n walaupun dah beberapa kali aku sambut raya dengan Mr K,tapi  kitorang tak pernah shopping raya sama2.. Time raya, masing2 gi beli ngn family masing2. Tahun ni je lain sikit.
Masa hari tu, banyak jugak la aku tgk Encik Bakal Tunang aku tu berbelanja. ye la, sebelum ni baru sekali aku teman dia gi shopping barang keperluan harian, ni kali kedua, shopping pakaian pulak.. Hehe, kalah aku. Tapi mmg logik la, bukan selalu dia berbelanja. sekali beli terus borong la gamaknya. Aku pun ade jugak, aku beli 2pasang baju kurung. Satu untuk pakai raya n satu lagi untuk pakai masa tunang. n beberapa barang lain.haha.. 
Pasal baju tunang tu, awal2 lagi aku dah pesan dah kat Mr K, aku taknak baju yang ada manik n labuci. Sebab susah nak basuh nanti. Aku dah la ganas, nanti habis terburai batu2 tu semua. Nanti dah tak cantik nak pakai kan. Dan Mr K pun tahu aku tak nak pesen2 mcm tu, jd bila takde baju biru yang menepati kriteria yang kitorang nak, kitorang sambung jalan lagi. Seb baik Mr K sporting tak bising penat berjalan. ;)

Lepas dapat ape yang kitorang nak, kitorang pun balik n ready untuk berbuka. pasal berbuka tu pun seronok jugak. Kitorang makan kat Rahman Palace. Tempat ni adalah antara steamboat yang murah dan sedap kat KL ni. lain kali aku review pasal tmpat ni ya.. :D

k la, bersambung kat next entri. haha kbye~



Xoxo, 
Asilahmn


Friday, 23 August 2013

10 Perkara Yang Suami Nak Isteri Tahu

Yang ni aku copy dari facebook. Saja nak share. ;)

1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"

2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."


Rahsia Petai

NASIHAT DARIPADA DOKTOR PERUBATAN UKM

Petai atau Parkia speciosa mengandungi tiga gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa.Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit .. 


Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan menjadikan ia satu kemestian untuk ditambah kepada diet harian kita. Dibawah adalah antara khasiat pengambilan petai.




Kemurungan: 

Menurut kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh MIND di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang dikenali untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS (sindrom pra-haid): 

Lupakan pil, makan petai. Vitamin B6 yang terkandung didalam petai mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh menjejaskan mood anda.

Anemia: 

Zat besi yang tinggi, petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah: 

Ulam yang unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah kandungan garam, menjadikannya sempurna untuk menurunkan tekanan darah.

Kuasa Minda: 

200 pelajar di sebuah (Middlesex) sekolah Twickenham telah meningktkan keputusan peperiksaan mereka dengan makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah tinggi kalium ini  boleh membantu menjadikan pelajar-pelajar lebih peka. Selain petai, pisang juga mengandungi kalium yang tinggi.

Sembelit: 

Petai yang tinggi serat boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, dan membantu mengatasi masalah sembelit tanpa menggunakan julap.

Keletihan: 

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat milkshake petai, manis dengan madu. Petai akan menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat meningkatkan semula tahap gula dalam darah, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda.

Panas Jantung: 

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan sakit.

Demam Pagi:

Petai membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk: 

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang yang telah berjaya untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan dengan cara ini.

Saraf: 

Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan:

 Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan obes lebih cenderung untuk membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengelakkan ketagihan makanan yang disebabkan oleh panik, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

Ulser: 
Petai digunakan sebagai makanan untuk mengelakkan gangguan usus kerana ia bersifat lembut. Ia adalah antara buah mentah yang boleh dimakan segera. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut.

Kawalan suhu:

 Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai "penyejuk", buah-buahan yang boleh menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Merokok: 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok .. B6, B12 serta kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai, membantu memulihkan badan daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.

Tekanan: 

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.

Strok: 

Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat: 

Mereka yang berminat untuk alternatif semula jadi mengatakan bahawa jika anda mahu untuk membunuh ketuat, ambil sekeping petai dan meletakkannya pada ketuat .. 

Jadi, seperti yang anda boleh lihat, petai benar-benar merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, ia mempunyai empat kali ganda protein, dua kali ganda karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain ...  


Sila Klik