Thursday 19 September 2013

Resepi Dorayaki

Kalau korang ada tengok cerita Doraemon masa kecik2 dulu, mesti korang ada tengok doraemon makan benda ni kan. haa, ni lah kuih dorayaki doraemon. haha.. aku amik resepi ni dari fb Buku Resepi. Aku tak try buat kat rumah lagi setakat ni, nnti aku dah try nnti aku tunjuk gambar tau.. ;)
sebelum tu, ape kata korang cuba buat dulu n komen review kat aku. ok? hee


Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:

kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra.

Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm.

Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 


haa, itu saja. nnti jangan lupa like n komen tau.
nnti aku post resepi lain lagi ok.

xoxo,
Asilahmn

No comments:

Post a Comment

Sila Klik