Friday 30 August 2013

Kek Coklat Karamel

Resepi ni aku jumpa kat fb Buku Resepi. Nampak macam senang je, so aku pun try buat. Ni resepi dia :

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel (masak gula sampai warna keperang-perangan. gula saja tau, jangan campur air)

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen vanila
* Pukul semua bahan diatas sehingga menjadi lembut dan gebu

Bahan kek:
Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko (aku guna separuh cawan coklat bar n separuh lagi serbuk milo.pun boleh jugak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

(untuk bahan B ni, aku masukkan soda bikarbonat sahaja sbb baking powder xbeli)

Bahan C:
3 biji telur - diblend atau dipukul atau guna mixer terus je.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan B kedalam campuran B + A tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana. Kemudian biarkan sebentar sehingga ia tegang di permukaan.
3. Masukkan kesemua bahan kek (A+B+C) ke atas puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Tadaa... 




Nyum nyum.. sedap gila baq hang..  Yang coklat tu gebuuu je.. Puding pun sedap Tak manis sangat, cukup2rasa je. Korang pun cuba la tau.. 
Selamat mencuba ye. ;)

No comments:

Post a Comment

Sila Klik