Thursday 12 December 2013

Kenangan Itu Masih Diingatan


Hari ni aku ada lawatan ke MIMOS dengan bebudak kelas aku. Masa otw ke sana tu, kami ada lalu kat Stadium Bukit Jalil.. bila trpandang je tempat tu, automatik pelbagai kenangan lalu terlayar semula kat minda aku.


Dulu, masa belajar di Kolej Matrikulasi Johor tahun 2011, aku akan naik bus Cepat Express untuk pergi ke kolej aku kat Tangkak. masa tu berminal bas TBS masih dalam pembinaan, so bukit jalil dijadikan terminal bus sementara. biasanya balik johor, bus aku pukul 2.30 atau 3pm. kalau sampai kl dari johor, sekitar pukul 7pm

antara knangan yang aku masih ingat adalah :

-kt situ adalah tempat perent aku selalu hantar aku untuk balik kolej.
perangai aku dari dulu, mmg malas bila time balik kolej. msti lambat2 siap. so pernah suatu ketika tu, aku lambat sangat sampai makan tengahari pun tak sempat. last2 aku tapau untuk makan masa dalam kereta. hehehe.. pastu disebabkan lambat tu jugak lah, abah aku terpaksa pecut keta 140km/h untuk kejar masa bus bertolak tu. hehe. angah minta maaf. tq mak abah.

- kat situ jugak lah tempat pertama kali dan untuk kali2 yang seterusnya, aku di jemput bila balik kl. hehe. kalau balik sendiri naik tren,lrt n bus, akan makan masa 2jam. kalau balik dgn kenderaan sendiri, makan masa 40minit. aku selalu menunggu kat stesen tu. kadang aku lambat, kadang aku sampai dulu. tq so much, kasih sayangmu itu akan ku kenang sampai bila2.

- kat situ jugak aku terpaksa menuggu bus yang delay selama 3jam. hissshh, marah betul bila ingat semula. sepatutnya aku naik bus pukul 3ptg. tapi ntah ape masalahnya, bus tu ak gerak2. selamat msa tu akak n adik kesayangan aku hantarkan aku ke bukit jalil. so nasib baik la aku tunggu bertemankan diorang. 3jam tahu. lama gila.
bila sampai tangkak pulak, nasib malang lagi. sebab dah lewat pukul 9 masa tu, so bila ada sorang pakcik ni mengaku dia tu kereta sewa n ofer nak hantar aku ke kolej, aku pun naik. dah la dia pakai kereta wira biasa je, nasib baik pakcik tu jujur. kalu tak naya aku kene culik. nauzubillah..sampai kolej,  kene marah pulak ngn pakgad. serius hari tu aku ingat sampai sekarang. malang betul.

- pernah sekali, aku balik kl masa cuti lama, tp malangnya parent aku balik kg. sbb risau aku dok sorang kat rumah, so aku kene duk ngn makcik aku kat putrajaya. so malam tu paksu aku yang masih bujang datang tunggu n jemput aku untuk dihantar ke rumah makcik aku. tapi sebab dia masih bujang n xde ape2 komitmen, tetiba kitorang ubah fikiran. tak jadi gi rumah makcik aku. on the spot kitorang decide untuk balik kampung kelantan. pakcik aku balik kg sehelai sepinggang je sbb masa tu dia baru balik keje. haha, tp xpe la kt kmpung tu rumah mak dia. confirm ada baju dia.

- kt bukit jalil tu jugak la tmpat air mata aku selalu tumpah. kahkahkah.. mana tak nya, bila dah naik bus, fmily aku akan tunggu sampai bus gerak. bila bus gerak, diorang pun akan saing gerak sebelah bus. aku dok lambai2 adik2 aku dari dalam bus n diorang lambai dari dalam kete. bila sampai simpang yang memisahkan jalan balik gombak dan jalan ke selatan, mata aku akan start bergenang. sedih woo berpisah dengan family. haha
tp tu masa aku still budak manja dulu la. hihihi

hmm, tu je la cerita2 best yang aku ingat masa kat bukit jalil. cerita lain2 ade tp kas kecik2 je, malas nak taip.

k semoga cerita ni jadi kenang2an buat diri aku sendiri.

wasalam.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik