IBU TUNGGAL
Ibu
tunggal boleh didefinasikan sebagai isteri yang berpisah dengan suami mereka
dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak sendirian. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ibu tunggal. Faktor pertama ialah kematian
pasangan hidup. Isteri yang kematian suami sudah tentu akan mengambil alih
tugas mencari rezeki bagi menyara kehidupan mereke sekaluarga. Selain itu, perceraian
dengan suami yang tidak memberi nafkah juga akan menyebabkan isteri tersebut
bertukar status menjadi ibu tunggal kerana terpaksa membesarkan anak tanpa
bantuan suami.
Kadar
perceraian yang semakin meningkat saban tahun secara tidak langsung menyebabkan
Malaysia kini mengalami peningkatan jumlah ibu tunggal. Berasaskan fakta itu, sebagai negara yang menuju ke arah status negara
maju, hak ibu tunggal di negara ini perlu diberi perhatian. Kajian mendapati 80
peratus daripada isi rumah keluarga tunggal diterajui wanita manakala masalah
atau cabaran utama dihadapi mereka untuk menguruskan keluarga ialah
berpendapatan rendah. Majoriti ibu
tunggal di Malaysia adalah tua dan balu. Kebanyakan daripada mereka
berpendidikan rendah atau tiada pendidikan formal, terutama di luar bandar.
Mereka rata-rata bekerja dalam sektor tidak formal atau bekerja sendiri. Lebih
rendah pendidikan maka lebih rendah gaji atau upah yang diterima, sekali gus
menyebabkan kemiskinan bagi golongan itu.
Kebanyakan ibu tunggal perlu bekerja keras dari pagi hingga malam
semata-mata untuk mendapatkan duit lebih. Apabila
terpaksa berkerja kuat dan lebih masa yang terlalu kerap, ia mengakibatkan
kesihatan terjejas kerana tidak cukup tidur serta mengalami pelbagai tekanan
lain. Terdapat juga ibu tunggal yang mungkin berdepan dengan tekanan perasaan
akibat kehilangan pasangan. Lebih teruk, sebelum bergelar ibu tunggal ada yang
mempunyai pengalaman berdepan dengan keganasan rumah tangga sehingga memberi
kesan pada kesihatan fizikal. Masalah
perundangan pula lazimnya berkaitan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah.
Turun naik mahkamah bukan saja menyebabkan ibu tunggal perlu menyediakan kos
pembiayaan tetapi ada kala melalui pengalaman memeritkan, lebih-lebih lagi,
apabila ada antaranya terpaksa berdepan dengan bekas suami yang sering marah
dan mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali bertembung mata di mahkamah.
Antara
cara mengatasi masalah ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup adalah
dengan menyediakan kursus kemahiran dan keusahawan
dengan tujuan membantu ibu tunggal serta wanita berpendapatan rendah untuk
menjana pendapatan. Dengan cara ini, ibu tunggal tidak lagi buntu untuk
memikirkan tantang cara untuk menanbah pandapatan mereka bagi menyara
kehidupan. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu buku panduan khusus
untuk ibu tunggal membuat rujukan bagi mendapatkan apa saja bantuan atau
perkara berkaitan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi disamping mewujudkan
pusat sokongan untuk anak ibu tunggal agar mereka kuat dari segi mental untuk
meneruskan kehidupan tanpa insan bergelar ayah. Kerajaan juga dapat memberikan bantuan
tambahan dengan menyediakan dana khusus untuk membantu ibu tunggal sebagai
bantuan sokongan kepada mereka bagi tempoh tiga bulan pertama memikul tugas
sebagai ketua keluarga.
Dengan cara ini, kita dapat membantu golongan ibu tunggal agar mereka
rasa masih dihargai dan masih ada tempat bergantung seterusnya berikhtiar
meneruskan kehidupan bersama anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment