Wednesday, 27 June 2012

Birthday 20_orang2 terawal wish

Hye, Assalamualaikum =)
Sepertimana tajuk diatas, sebenarnya aku nk senaraikan nama2 orang yang wish bufday aku tahun 2012 ni, bukan ape pon, saje nak bia ade catatan, baru la ade kenangan..betul x? kan2?? 
Okey, kita mulakan dengan orang yang pertama wish. Beliau ni wish awal tau, dua hari sebelum bfday aku iaitu pada 
25 jun 2012
Haa, dia bukan salah tarikh tau, masa tu dia siap sebut lg untuk dua hari akan datang.. =) beliau yang diceritakan adalah my aunt, Puan Rosliza Bt Che Hassan.. die wish kat wall fb-ku..

"selamat menyambut hari lahir ke 20 ,,,2 hari lagi, semoga angah berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..."
TQ cik za

Yang kedua adalah rumate aku sekarang. Nurul Huda Karim serta rakan2nya iaitu illy dan nazirah.. dorang wish bufday tghri
26 jun 2012
sebelum dorang keluar ke sunway piramid td, celebrate la semalam dorang dh abis exam..hee..
Balik daripada sunway piramid tu huda belanje POPEYES 2set n kitorang mamam kat bilik..
TQ huda n kawan2

sebelum makan ngn huda, lbih kurang pkul 9pm aku kol mak aku saje sembang2. mak wish happy birthday kat aku..semoga panjang umur, murah rezeki hidup diberkati. =D mak suh aku balik, mak n kakak aku nak blanje makan.weeeee.. =D
TQ to my mom,love u so much <3

lepas aku makan plak, alia wish bufday kat fb chat. Alia ingat bday aku 26 jun, tp xpelah, baik terawal kan.hehe
TQ alia

pukul 11:30 mlm, abang kol, wish hepi bufday.semoga panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati n hepi selalu =)
abang tanya tahun ni nak hadiah ape..hemm, kalu ikot kan perangai aku ni, aku nak botol air yang kalu kite tolak cap die, nnti keluar straw terpacak tu n boleh sedut minuman.


macam ni.hehehe..
tp sebab aku dah nk masuk 20tahun, xleh la mintak bende tu dah.haha
TQ abang

27 jun 2012
00:04am abang msg wish selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke20, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semoga bahagia selalu disamping orang tersayang.. <3 
2010 dapat hadiah jam tangan,
2011 dapat teddy bear "momochan"
2012 dapat pegi genting
TQ abang 

00:05am, adik n kakak aku kol wish hepi bufday.. =D siap nyanyi lagu lg. =D along suh balik sebab nak belanja makan..hehe, tgk la, lg 2 hari aku balik kot. tggu angah balik tau.. =D
TQ along n eli

lepas abis sembang ngn adik kakak aku, masuk je bilik, member2 kos aku nyanyi lagu Allah selamatkan kamu..hihi.. =D seronok rasenye dengar lagu tu..sblum ni dgr lagu happy birthday n selamat hr jadi je.. =)
TQ kawan2 kelas terutama salina, jihan, madi, yatt, naja, mimi

lepas tu ade lg la wish2 yang menyusul kat fb..
aku nak ucapkan tq la kat korang yang sudi wish bday aku tau.. TQ eh, sayang korang sume.. =D
xsangke hari ni dah 27/6/12..maknenye aku dah masok 20tahun...hohoho... =D

Thursday, 21 June 2012

Yeayyyy...Tamat Sem 2

Hye, assalamualaikum..
Akhirnya aku telah selesai mengharungi kehidupan sem 2 di UTM KL ni. Dengan berakhirnya presentation projek ID semalam, maka tamatlah sudah peperiksaan kitorang buat kali ni.. =D Haa, sape x happy kan dh abis exam. Haha.. 
Sekarang ni aku n member2 1st year ni tgh uruskan untuk program Degree Show pulak. Degree Show ni adalah untuk final year present dorang punye project pulak. 
Dorang punye presentation ni gempak sikit sbb dorang dh nk grad dh kan, so tyme degree show ni la dorang akan pamerkan bakat dorang sebaik mungkin sbb mase tu akan ade syarikat2 design yang akan datang datang tgk hasil kerja dorang n kalu student final year ni berbakat n syarikat tu berminat, boleh la amik bekerja ngn dorang.
Hmm, takut jugak sebab kitorang pun akan lalui benda yang sama masa akan datang. huu..
Pagi tadi aku P tolong senior final year ni kat bengkel. Dorang sekarang kat stage nk wat model utk presentation nnti.
Seronok betul dapat gosok2 kayu td, lg best dapat tlong senior potong pvc/kayu gune mesin...waaaa, best n suke sangat wat bende2 mcm tu.. =D
Xsabar asenye nak belajar sume tu mase short sem start 2 julai nnti. 
Hah,ni nak bgtau, kalu korang nak tau kan, kos aku ni xkan ade cuti sem. Wahaha...sape suka angkat tangan.. Cuti sem kitorang mase tahun satu kene ade short sem, so cuti sem jd sminggu je. Cuti sem tahun dua plak, kene wat LI (latihan industri). So jangan harap la kitorang nak bersenang lenang atau cari part tyme job, xsempat punye. huu. =(

Friday, 15 June 2012

Haa, ini la assignment yang dihantar =D


IBU TUNGGAL

Ibu tunggal boleh didefinasikan sebagai isteri yang berpisah dengan suami mereka dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak sendirian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ibu tunggal. Faktor pertama ialah kematian pasangan hidup. Isteri yang kematian suami sudah tentu akan mengambil alih tugas mencari rezeki bagi menyara kehidupan mereke sekaluarga. Selain itu, perceraian dengan suami yang tidak memberi nafkah juga akan menyebabkan isteri tersebut bertukar status menjadi ibu tunggal kerana terpaksa membesarkan anak tanpa bantuan suami.

Kadar perceraian yang semakin meningkat saban tahun secara tidak langsung menyebabkan Malaysia kini mengalami peningkatan jumlah ibu tunggal. Berasaskan fakta itu, sebagai negara yang menuju ke arah status negara maju, hak ibu tunggal di negara ini perlu diberi perhatian. Kajian mendapati 80 peratus daripada isi rumah keluarga tunggal diterajui wanita manakala masalah atau cabaran utama dihadapi mereka untuk menguruskan keluarga ialah berpendapatan rendah.  Majoriti ibu tunggal di Malaysia adalah tua dan balu. Kebanyakan daripada mereka berpendidikan rendah atau tiada pendidikan formal, terutama di luar bandar. Mereka rata-rata bekerja dalam sektor tidak formal atau bekerja sendiri. Lebih rendah pendidikan maka lebih rendah gaji atau upah yang diterima, sekali gus menyebabkan kemiskinan bagi golongan itu. 

Kebanyakan ibu tunggal perlu bekerja keras dari pagi hingga malam semata-mata untuk mendapatkan duit lebih. Apabila terpaksa berkerja kuat dan lebih masa yang terlalu kerap, ia mengakibatkan kesihatan terjejas kerana tidak cukup tidur serta mengalami pelbagai tekanan lain. Terdapat juga ibu tunggal yang mungkin berdepan dengan tekanan perasaan akibat kehilangan pasangan. Lebih teruk, sebelum bergelar ibu tunggal ada yang mempunyai pengalaman berdepan dengan keganasan rumah tangga sehingga memberi kesan pada kesihatan fizikal. Masalah perundangan pula lazimnya berkaitan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah. Turun naik mahkamah bukan saja menyebabkan ibu tunggal perlu menyediakan kos pembiayaan tetapi ada kala melalui pengalaman memeritkan, lebih-lebih lagi, apabila ada antaranya terpaksa berdepan dengan bekas suami yang sering marah dan mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali bertembung mata di mahkamah. 

Antara cara mengatasi masalah ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup adalah dengan menyediakan kursus kemahiran dan keusahawan dengan tujuan membantu ibu tunggal serta wanita berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan. Dengan cara ini, ibu tunggal tidak lagi buntu untuk memikirkan tantang cara untuk menanbah pandapatan mereka bagi menyara kehidupan. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu buku panduan khusus untuk ibu tunggal membuat rujukan bagi mendapatkan apa saja bantuan atau perkara berkaitan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi disamping mewujudkan pusat sokongan untuk anak ibu tunggal agar mereka kuat dari segi mental untuk meneruskan kehidupan tanpa insan bergelar ayah. Kerajaan juga dapat memberikan bantuan tambahan dengan menyediakan dana khusus untuk membantu ibu tunggal sebagai bantuan sokongan kepada mereka bagi tempoh tiga bulan pertama memikul tugas sebagai ketua keluarga.
Dengan cara ini, kita dapat membantu golongan ibu tunggal agar mereka rasa masih dihargai dan masih ada tempat bergantung seterusnya berikhtiar meneruskan kehidupan bersama anak-anak mereka.

Thursday, 14 June 2012

Macam Mana Boleh Keliru??

Assalamualaikum.. =)
Hye.. harap anda semua ceria di petang2 hari ni.. 
Aku tengah ceria ni.. biasa la, baru lepas qada' tido lepas balik exam td..hehe
Em, hari ni adalah hari untuk last payyperr kitorang untuk final exam sem 2 ni.. Tp last payyperr je tau, final assessement belum lg..huhu.. 

Semalam aku ade wat ulangkaji subjek statistik, aku tengok balik ape yg dah belajar sebelum ni n try jawab soalan2 yang ade kat buku tu.. hee, bukannye semua, ade la pilih 1 dua soalan.. =P
Sesi ulangkaji tu abis dalam pukul 2.30am kalu xcilap. Then bile aku rase dah cukup tgk balik sume tu, aku pn deceide untuk tido supaya esok xbangun lewat untuk exam. 

Then pagi tadi lepas bersiap sume, aku pegi ke dewan besar untuk amik exam. Sebelum tu sempat la lagi selak2 buku.. Mase tu rase xde masalah la kut kalu nak wat chapter 8, 9, n 11(walaupun katiga3 chapter tu macam sama je jalan kerja die) sebab dah ade try smalam. Okey je mase tu.

Tapiiiii, mase exam tu jd confuse la plak.. abis jd tergabung ketiga2 chapter tu.Hwaa... mana 1 solution untuk specific chapter pn dh xsure dh.. Mase plak tyme nk jawab chapter ujung2 tu dh tinggal lg stengah jam je.. Aduyai, nak xnak, aku pun teruskan jawab walaupun xsure. Yela, kalu berlengah lagi la xsempat nk jawab.mase tgh berjalan tu. Lepas siap jawab, mse tinggal lg 2 minit. Lepas siap ikat sume, mase pun berakhir....... Huh, walaupun xsure, tp selamat sempat jawab dalam mase yg ditetapkan.  Masa banyak abis dekat soalan awal2 sebab aku hati2 sgt, takut careless.


Hmm, xpelah.. yang pnting exam bertulis dah abis dah.. sekarang tinggal untuk presentation je.. tp presentation ni la yg utama sebenarnye, sbb die makan banyak kredit. kalu terer markah ID ni, tinggi la pointer..huhu,, berdebar.. 
em, k la.. nnti aku tulis lagi. Entri kali ni sekadar diari harian je, untuk tatapan mase akan datang.. 
Ceriakan harimu, tata titi, tutu...... =D

Saturday, 9 June 2012

Short Lesson In Psychology


PILOSOPOGYNO
  • When a person laughs too much, even on stupid things, that person is sad deep inside
  • When a person sleeps a lot, that person is lonely
  • When a person talks less and if he talks fast, that person is keeping a secret
  • When a person can't cry, that person is weak
  • When a person eats in abnormal way, that person is in tension
  • When a person cries on little things, hat person is softhearted
  • When someone ask you about you although that someone is busy, he/she really loves you

Friday, 8 June 2012

Final Exam

Assalamualaikum.. 

Aku sebenarnye tengah gembira ni.. Almaklum la, dendam xdapat tido lame2 malam td dah terbalas.. Hari ni aku dah start final exam, first paper, subjek Mechanical Engineering..
So, malam td, disebabkan xabis lg study Subjek mechanical Engineering tu, aku n class mate, (Mimi & Yana) telah terpaksa stay up cmpai pukul 3pagi semata2 nak selak2 balik ape yang penah kitorang belajar sepanjang sem 2 ni..memang la ingt lagi ape yg dah belajar tu, tp formula bnyk lupa, banyak yang kene review balik..
Kalau ikotkan hakikatnye, kitorng fokus study cmpai pkul 2.30 je, bile dh pkul 3am tu, masing2 mula dh xleh nak teruskan dah.. Buktinye, tetibe je boleh muncul derita pasal rambut la, pasal air terjun la, pasal kolam air panas la.. Haa, kan itu menunjukkan yang kitorang dah mula menyembang..huu
Bile dh rase tak larat, so kitorang deceide nk tido, 'pagi esok sambung lagi' kononnye la.. =P





Pastu, bangun pagi td, aku sempat la selak2 sikit yang mane xbace lagi tu. Bila rase dh abis tengok2, aku pun bersiap nk pergi berperang menghadapi exam.





Di bilik peperiksaan ~~~~~

Sebelum masa start kan kita dibenarkan selak2 dulu soalan kan. Pastu aku rase mcm nk lompat je, bukan sebab hepi, tp sebab soalan num 3 tu sebijik mcm kt dalam buku teks. aku dh try buat semalam, berpandukan jawapan buku tu. So sepatutnye xde halangan la nk setelkan soalan tu kan?? Masalahnye, tyme aku buat soalan tu semalam, aku dh hilang fokus mse tu,, buat sambil menyembang. So input yg masuk kt kpala pun sikit je la..hurmm.. Aku boleh la jawab soalan tu, tp untuk part (b) lupe step.
sobsob..

Pastu, balik exam tu, aku trus tido....untuk melepaskan dendam sebab x dapat tido lame malam td..hehe
Lame betul tido, cmpai petang..hehe

Wednesday, 6 June 2012

Thank You Mr. A

Terima kasih ye Mr. A sebab sudi belanje berbuka puasa hr ni..Terima kasih daun keladi, lain kali belanja la lagi tau.. ;-)



   Sementara tggu azan


 dh lame xamik gamba sambil buat peace.. =D



 milo ais, air febretku.. sungguh enak diminum mase tengah lapar..haha

Baru Tahu Kucing Cute

Hye...  
Amboi, dengar cute je, mula la buat muka.. ingat die cute lettew..haha
Ni aku nk cite pasal anak kucing sebenarnye. Sebelum ni aku xde la suke sgt dengan kucing ni, sekadar tengok sekali sekala boleh la, tp nk main2 dengan dorang tu jarang sikit, sebab dorang suke belit2 kat kaki, xsuke..haha 
TAPI............
tapi sebaliknye berlaku masa balik dinner td.. tetibe aku ternampak anak kucing ni duduk dengan adik die kat tengah2 kawasan kafe,,, aku rase dorang ni kiutttt sgtt.. =D
lalu tggu ape lg, amik hset n snap.. dapat gambar die.. yeay..


lepas tu aku pun pegang2 la die, seronok pulak main ngan dorang..
lpas ni boleh la aku main ngn anak kucing sebab dh ade minat sikit2.. hihi..
tengok ni, lg 1 gambar

geram je tengok beby kucing ni.. =)

Tuesday, 5 June 2012

Malam Melaram..wee


Assalamualaikum... =)
hye2.. mlm ni aku ade dinner MALAM JALINAN KASIH untuk fakulti RAZAK SCHOOL di Uni aku .UTM IC,KL. So ni la masanye kita nk ber make-up kan.. ngeh2..
majlis ni sebenarnye sempena perpindahan beberapa kos ijazah sarjana muda di bawah fakulti RAZAK SCHOOL. dorang akan berpindah ke UTM JB.. Antara kos2 itu adalah SKMI (sarjanamuda kejuruteraan mekanikal industri) ni rumate aku pnye kos, lepas ni aku kene tinggal sorang n rumate baru..huhu.. harap2 rumate baru tu sabaik Huda, rumate aku sekarang. =D
selain tu, kos yg pindah adalah SHR (human resource), SKAW (kejuruteraan awam). so sekarang ni, kos degree dibawah RAZAK SCHOOL yg masih ade kt KL hanya lah kos aku je iaitu SRSI (sarjanamuda sains rekabentuk industri) singkatnye kitorang panggil kos ID je.. industrial design.. hee..
ni aku ade letak gmbar td, tp ni gmbar kt hset je, gmbar rmai2 kt photographer..




Saturday, 2 June 2012

Lega Akhirnya....

Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya letakkan ads nuffnang kat blog ni.. =D 
Mungkin orang lain pelik n nak cakap  "apesal Xcited sgt budak ni?" tp aku tak kisah la orang nk cakap ape, yang penting aku suke sangat ni sbb sebelum ni dah berpuluh2 kali aku try sign up kat nuffnang tu, tp asyik xboleh je.. die kata salah verification words tu. 
sampai dh bosan try, so aku suruh akak aku tolong uruskan sebab die dh lame buat keje2 blogging ni, so die tau la kot nk uruskan macam mana. 
Dan seperti yang disangka, td die try wat n skarang........ TADAA.  haa dah ade pun.. hee..happynye.. dah setel dah satu masalah. lepas ni xde la nk fikir lg pasal ni..haha.. TQVM along ..okey la, selamat berhujung minggu semua.. Tata~  =D


Sila Klik