Thursday, 20 June 2013

Day 3 & 4

Assalamualaikum.. Firstly, sorry sebab aku tak sempat nak update cerita malam semalam n pagi tadi. malam semalam kos aku, Industrial Design ade buat jamuan wrap-up. so balik keje aku gi makan dinner tu, n balik bilik tu dah penat dah. so tak sempat nak update.. pagi tadi pulak, aku dan yana kene tambah research n do extra marketing planning for family store. kena explain the idea to Mr. Teng pagi ni. so pendek cerita nye, aku tak sempat la nak lagha2 dengan blog ni. ;)

okey, untuk semalam, seharian aku, yana, catherine dan PY buat marketing planning untuk Family Store. aku group dengan yana, cat dengan PY. masing2 buat dalam kumpulan. sepatutnya kne present kat teng petang tu, tp teng ade kerja lain. so tunda ke pagi ni..
so pagi tadi, aku dan yana pun present la idea kami. bla bla bla.. maka setel la present n sesi komen. untuk idea tu ade yang ok, tp lagi bagus kalau boleh tambah "wow effect" pada idea tu. pastu kan, teng kata, setiap 2 minggu Mr. Jeffry akan ade follow up meeting dengan company family store tu. untuk present new idea.. haa, mau mati kering idea aku kalau kene produce new idea setiap dua minggu time keje nanti. jeffrey dah bekerjasama dengan family store tu dah 8 tahun. so bayangkan bape banyak idea kene produce daaa... @,@ 
 pastu teng kata lagi, lepas ni boleh la fikir gilir2. kejap fikir design t-shirt, bila bosan, fikir pasal family store pulak. huhu..

setel pasal family store, kitorang pun continue dengan project t-shirt. hari ni continue fikir idea yang cool lagi menarik untuk t-shirt tu. mula2 macam biasa la, sangkut takde idea. lepas rehat tengahari, okey dah boleh buat keje dah. so lukis punya lukis, iron pun pilih la satu design untuk aku dan satu untuk yana. kene work on it. ckretif kan lagi idea tu. lalalalala.. kene sambung buat lagi untuk esok..
em, k la, nak chow dah. esok report lagi. bye...  ;)

xoxo,
Asilahmn

Wednesday, 19 June 2013

Day 2 - 18 Jun 2013

Assalamualaikum..
Here comes hari kedua of our internship. :) Hari kedua bermula dengan penerangan mengenai T-shirt design and printing by Mr Iron. Iron ni adalah salah sorang staff TAV yang mengendalikan T-Shirt design. TAV menyediakan dua jenis T-shirt printing. One is for group order, another one is just for individual wearer. Untuk group, kemungkinan design boleh dicipta sendiri oleh customer, yang ni aku tak pasti sebab iron tak mention la pulak semalam. Aku pun lupa nak tanya. Tapi untuk yang 1design per shirt tu, iron will do 'series of shirt'. Series of shirt ni maksudnya ade beberapa series untuk t-shirt tu. For example, kalau kita buat animal series, baju pertama ada creative design pasal 1 animal, baju kedua, ade another creative design of another animal, haa macam tu lah seterusnya. kalau series tu untuk fruits, then setiap baju tu akan ade design buah yang berbeza.
Bercerita pasal T-shirt design ni, iron menekankan teens as their target customer dan design tu mestilah menbuatkan pemakainya nampak cool. hmmmm......
untuk T-shirt design, ade 4 step yang perlu dilakukan.
- idea/concept
- rough sketches
- fine sketches ( ok yang ni aku lemah)
- 3D illustration

setelah diberikan penerangan, kami pun diberikan 2nd task : T-shirt design.
so we start thinking design ape nak buat. masa keluar bilik meeting tu, dalam otak dah mula berfikir nak buat mcm mana. bila dah duduk tempat sendiri, masing2 ambil kertas n start buat kerja masing2. untuk aku aku ade senaraikan beberapa series yang aku nak buat. antaranya adalah zoo series, nut/bean series, handphone series, doodle series, 9gag character series, typographic art series, beetle series, dan jugak google apps series. mual2 aku buat untuk google apps series. bagi aku, remaja sekarang selalu bangga dengan teknologi smart fon yang diorang ada. so aku nak tarok icon yang ada dalam google apps tu kat baju tu n tulis, IM A _____ USER. tapi bila present kat iron, dia kata yang tu akan melibatkan copyright sebab kan semua apps tu ade owner dia kan. so iron kalau bolah nak elakkan bende yang melibatkan copyright.  then idea kedua aku buat pasal doodole felt craft series. yang tu aku buat desugn yg inspired by felt craft punya cartoon. ade yang oke tp ade yang too simple. iron suruh masukkan special element/point ataupun action dalam design tu so that the shirt will stand even cuma satu design kat shirt tu. kami pun teruskan la men-design.lpas tu aron combinekan kitorang, dua orang per group. aku ngn yana buat konsep yang sama, so kitorang combine buat
satu group.
masa tengah buat T-shirt design tu, boss Mr Jeffrey panggil aku dan yana mengenai idea untuk family store semalam. secara baik, dia menerangkan yang idea untuk this coming fasting month tu okey, tapi masa terlalu singkat. so dia suruh kami redesign idea untuk dilakukan untuk family store tu n present idea tu petang nanti. kami pun redesign n present.
tapi bile present, idea kitorang tu mcm not creative enough. stress la jugak sebab aku tak tahu macam mana nak fikir dah. tadi pun kitorang dah blurrr dah tak tahu nak suggest ape dah. pastu Mr Jeffry pun tunjukkan ape yang penah dorang buat. okey bila aku tengok tu, aku pun rasa idea tu sangat okey. kalu la kitorang boleh ade idea macam tu. hmm.... so kitorang kene belajar "think out of the box". selalu kitorang dengar tapi still belum mampu capai tahap. kene banyak belajar. kene banyak tengok website website yang creative. Untuk hari ketiga ni, kami diberikan peluang untuk try buat yang family stor tu lagi skali. T-shirt postponed to the next next day. moga kami mampu cepat belajar. Aminn...


#nota kaki : 
ini adalah cerita budak yang masih baru dalam dunia design.harap maaf kalau ada kesilapan. mohon tegur kalau ade yang tak patut dilakukan. silakan comment dan share kalau ada nasihat yang mahu diberikan ;)

Tuesday, 18 June 2013

Day 1 - Internship

Assalamualaikum..
Okey semalam adalah hari pertama aku menjalani Latihan Industri a.k.a. Internship Programme. Aku, liyana dan 4 rakan sekelas yang lain ditempatkan di syarikat yang sama iaitu The Adverts Venture. Waktu kerja kami bermula 9am sehinggalah 7pm. so pagi aku dan yana bertolak dari kolej pukul 10a.m. bertolak awal sikit sebab risau terpaksa menunggu bas dan akan lewat ke tempat kerja. Kami sampai TAV dalam pukul 10.30 dan menunggu sehingga jam 11am.
Tepat jam 11am, staff TAV datang dan menjemput kami masuk. setelah diberikan tempat, kami diberikan penerangan mengenai syarikat TAV dan juga penerangan tentang salah sebuah syarikat klien nya, Family Store. kami diberikan tugasan untuk study sikit pasal syarikat tu dan merancang aktiviti atau apa sahaja event yang dapat menarik customer untuk membeli barangan harian di super store tu. kami diberi tempoh masa sehingga jam 6pm dan kene present idea tu pukul 6pm.
memandangkan masa masuk kerja adalah pukul 11am, so masa rehat kami adalah pada pukul 2pm.
untuk hari pertama ni, bos belanja makan tengahari as a welcoming lunch. kat asian cafe. tq bosss..  boleh tahan mahal jugak la makanan kat restoran tu. tak mampu aku ngn yana nak gi makan kat situ tiap2 hari. haha..
esok, sebelum pergi kerja, aku ngn yana kena makan sarapan dulu, kalau tak, mau kebulur kitorang lunch lambat. hahaha
lagi satu, esok kene bawak bahan kudapan ataupun gula-gula.nanti lain kali aku post gambar ofis tau.
k lah, esok sambung lagi. bye..

Monday, 17 June 2013

Takuuuttt

Assalamualaikum...
haa mau nye tak cuak. hari ni first day kami budak-budak 2SRSI akan menjalani latihan industri..
aku cuak pasai aku tak tahu  lagi bus yg aku bakal naik ni ambil masa berapa lama nak sampai tempat keje.. kitorang masuk pukul 11a.m. tapi aku dah nak gerak dah ni.. k bye.. chow  :*

Sunday, 2 June 2013

LAWATAN : GEMPAK STARZ



Tarikh              : 15 May 2013
Masa                : 2 petang - 5 petang
Tempat            : Galeri Gempak Starz,
                          17,Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan,
                          57000 Kuala Lumpur.

- mula dengan menaiki bus dari ksj.
- seramai 14 orang pelajar dan seorang pensyarah kursus ko-kurikulum seni grafik terlibat.
- tiba pada pukul 4.30 petang.
- diberi penerangan mengenai syarikat gempak starz dan juga mengenai penghasilan sesebuah komik.
- kami diarahkan untuk mendaftar masuk ke akaun facabook ataupun twitter masing-masing dan 'check-in' di galeri gempak starz. hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya check in dengan cepat.
- kami diberi penerangan mengenai 'artwork' yang ada di galeri gempak starz. kami diterangkan mengenai penghasilan setiap helaian komik, dimata setiap helai dilukis sendiri dengan menggunakan tangan sebelum dimasukkan kedalam sistem komputer.
- kami diberikan soalan kuiz untuk dijawab dalam masa yang ditetapkan. namun malang sekali kerana tiada siapa diantara kami yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul.
- selesai sesi kuiz, kami diberikan peluang untuk bergambar dengan semua 'artwork' yang ada di galeri gempak starz.
- akhir sekali adalah sesi autografi oleh kartunis gempak starz, keith dan kaoru.
- seterusnya sesi penyampaian cenderahati oleh pensyarah kami wakil kursus ko-kurikulum seni grafik UTMKL, En Hafiz Asrun kepada wakil syarikat gempak starz.
haa, alang2 menaip draft untuk report ko-ku tu, so aku masukkan sekali dalam blog. 
tu je perjalanan kami kali ni. gmbar banyak, tapi malas nak upload banyak2. 
k ringkas saje kali ni. jumpa lagi..  

xoxo, 
Asilahmn

Sila Klik