Thursday, 23 January 2014

Ku Jumpa Pasangannya

Assalamualaikum..
sebenarnya aku nak try update blog guna fon ni. alang2 tu aku nak cerita pasal baju purple ni..

hr tu sebelum raya, masa aku ngn mr.k g shopping baju, kitorang ada beli dua jenis baju yg sama, ala2 bju couple gitu. warna purple n hijau. tp malangnya, tak lama lepas tu baju purple mr.k hilang kene rembat ngn sape ntah..  maka tinggal lah baju aku saje.

tapiiiiii, masa aku balik kg utk teman akak aku shopping barang hantaran kt kelantan hr tu, aku ade jumpa lagi baju purple yg hilang tu... happy sangat. hehe
yela mana tak nya, aku saje je jalan2 kt kawasan jenama baju purple tu sambil mata melilau, kot kot la ade lg design mcm tu. sekali betul2 ade. saiz sama plak tu. terus aku gtau mr.k n pujuk dia untuk beli lagi. yeay, skrg dh dapat semula baju sama.. heeee :D

ok lah, nak chow. ada hal. byebye

xoxo,
asilahmn

Thursday, 9 January 2014

Soal Jawab Pertunangan


1. Apakah maksud Pertunangan? Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang. 

2. Siapakah pihak-pihak yang akan terlibat di dalam Majlis Pertunangan tersebut? 
Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut. Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki tersebut juga turut melibatkan diri. 

3. Apakah hukum bertunang? Hukum bertunang adalah sunat. 

4. Apakah tujuan pertunangan? Tujuan pertunangan adalah seperti berikut:- 

- Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin. 
- Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra. 
- Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti. 
- Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa. 
- Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam perkahwinan. 
- Supaya kedua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. 

5. Berapa lamakah tempoh pertunangan? 
Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut. Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan. 

6. Bagaimanakah majlis pertunangan diadakan? 
Majlis pertunangan akan diadakan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat. Jika sesebuah masyarakat tersebut berpegang kuat dengan adat, maka pelbagai perkara haruslah diikuti. 

7. Apakah syarat-syarat pertunangan? - Perempuan yang ingin ditunangkan wajiblah beragama Islam.
- Perempuan yang ingin ditunangkan mestilah bukan muhrim dan boleh dikahwini. 
- Perempuan yang ingin ditunangkan hendaklah bukan isteri atau tunangan orang. 

8. Siapakah perempuan yang tidak boleh dikahwini? 
- Ibu 
- Anak perempuan 
- Adik beradik perempuan 
- Ibu saudara 
- Adik beradik susuan. 
- Ibu mertua 
- Anak tiri (yang berada di dalam pemeliharaan lelaki tersebut) 
- Menantu 
- Ipar (kecuali setelah bercerai atau sebab kematian) 

9. Apakah perkara-perkara penting yang harus dipersetujui di dalam pertunangan 
- Jumlah wang hantaran 
- Jumlah dulang hantaran 
- Cara pemberian wang hantaran 
- Jumlah belanja perkahwinan 
- Tarikh pernikahan 
- Tempat pernikahan 
- Tempoh pertunangan 
- Tuntutan gantirugi jika pertunangan dibatalkan 

10. Sekiranya terdapat pihak yang ingin membatalkan atau memungkiri ikatan perkahwinan ini, bolehkah pihak satu lagi mengambil tindakan undang-undang? 
Pihak satu lagi boleh mengambil tindakan undang-undang. 

11. Apakah tuntutan yang boleh dituntut daripada pihak yang memungkiri perjanjian tersebut? 
- Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang menuntut. 
- Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan. 
- Ganti rugi hadiah pertunangan. 
- Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan. 

12. Bagaimanakah caranya untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memungkiri perjanjian tersebut? 
Untuk memudahkan urusan di mahkamah, perlantikan peguam syarie adalah disyorkan. Walaubagaimanapun, pihak-pihak masih boleh mewakili diri sendiri sejauh mana hakim syarie tidak mengarahkan pihak tersebut berbuat demikian. 

Semoga sedikit sebanyak dpt membantu anda yg memerlukan info perkahwinan.

Monday, 16 December 2013

Tahukah Anda ???

Artikel ni juga aku dapat dari blog penpatah. its good to know this fact. :)

Selain Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah satu-satunya bandar di dunia yg tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya. Yang ada hanyalah Masjid dan Surau.

Itu adalah melambangkan keagungan Islam yang didokong dan diIlhamkan oleh Tun Dr. Mahathir.


Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan MASJID yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).

Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan mengutamakan Bumiputra.



Masjid Ke-2 Putrajaya pula ialah MASJID BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam. 

Fakta Menarik : 7 tempat menakjubkan di Malaysia !!!

Assalamualaikum.. entri kali ni aku kopipes dari blog penpatah je. sebab aku rasa fakta tu menarik untuk aku tahu. so korang pun boleh la baca juga ye.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)



Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya



Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.



3.Menara Kuala Lumpur



Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.



4.KLIA



Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.



5.Menara Condong Teluk Intan



Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.



6.Jambatan Pulau Pinang



Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.



7.Bangunan Sultan Abdul Samad



Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.




so, again, fakta ni credit to blog penpatah ;)

How To Live a Healthy Life

Food
Exercise
Sleep
Manage stress

Sila Klik