Blog personal dan juga segala pengetahuan yang ku tahu untuk dikongsi bersama. -ACHIKANGAH-
Thursday, 9 January 2014
Soal Jawab Pertunangan
1. Apakah maksud Pertunangan? Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang.
2. Siapakah pihak-pihak yang akan terlibat di dalam Majlis Pertunangan tersebut?
Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut. Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki tersebut juga turut melibatkan diri.
3. Apakah hukum bertunang? Hukum bertunang adalah sunat.
4. Apakah tujuan pertunangan? Tujuan pertunangan adalah seperti berikut:-
- Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin.
- Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
- Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.
- Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa.
- Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam perkahwinan.
- Supaya kedua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan?
Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut. Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan.
6. Bagaimanakah majlis pertunangan diadakan?
Majlis pertunangan akan diadakan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat. Jika sesebuah masyarakat tersebut berpegang kuat dengan adat, maka pelbagai perkara haruslah diikuti.
7. Apakah syarat-syarat pertunangan? - Perempuan yang ingin ditunangkan wajiblah beragama Islam.
- Perempuan yang ingin ditunangkan mestilah bukan muhrim dan boleh dikahwini.
- Perempuan yang ingin ditunangkan hendaklah bukan isteri atau tunangan orang.
8. Siapakah perempuan yang tidak boleh dikahwini?
- Ibu
- Anak perempuan
- Adik beradik perempuan
- Ibu saudara
- Adik beradik susuan.
- Ibu mertua
- Anak tiri (yang berada di dalam pemeliharaan lelaki tersebut)
- Menantu
- Ipar (kecuali setelah bercerai atau sebab kematian)
9. Apakah perkara-perkara penting yang harus dipersetujui di dalam pertunangan
- Jumlah wang hantaran
- Jumlah dulang hantaran
- Cara pemberian wang hantaran
- Jumlah belanja perkahwinan
- Tarikh pernikahan
- Tempat pernikahan
- Tempoh pertunangan
- Tuntutan gantirugi jika pertunangan dibatalkan
10. Sekiranya terdapat pihak yang ingin membatalkan atau memungkiri ikatan perkahwinan ini, bolehkah pihak satu lagi mengambil tindakan undang-undang?
Pihak satu lagi boleh mengambil tindakan undang-undang.
11. Apakah tuntutan yang boleh dituntut daripada pihak yang memungkiri perjanjian tersebut?
- Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang menuntut.
- Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
- Ganti rugi hadiah pertunangan.
- Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.
12. Bagaimanakah caranya untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memungkiri perjanjian tersebut?
Untuk memudahkan urusan di mahkamah, perlantikan peguam syarie adalah disyorkan. Walaubagaimanapun, pihak-pihak masih boleh mewakili diri sendiri sejauh mana hakim syarie tidak mengarahkan pihak tersebut berbuat demikian.
Semoga sedikit sebanyak dpt membantu anda yg memerlukan info perkahwinan.
Labels:
fakta,
lelaki,
pengetahuan,
wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment