Wednesday 12 November 2014

SNOW CHEESE CAKE

BAHAN KEK
6 biji telur gred B ( 2 drpdnye di buang putihnya )
100g tepung superfine (ayak )
60g tepung jagung( ayak )
100g gula kastor
1 sudu teh baking powder( ayak )
2 sudu teh ovallete
50g air sejuk
75g mentega ( cairkan )

Cara
1.masukkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali mentega.
2.Putar hingga putih gebu.
3.Masukkan mentega,gaul sebati.
4.Bakar selama 45 minit- 1jam suhu 150'c.( ikut oven msng2 )
5.Bila dah sejuk potong kek pada 2.

Bahan Filling
250g cream cheese
5 sudu besar susu pekat manis

Cara
1.Campurkan semua bahan,putar sebati.
2.Jika filling nampak sedikit cair,masukkan dalam peti sejuk 10 minit.
3.Setelah itu boleh digunakan.

Bahan Hiasan
1 ketul cheese cheddar ( di parut )

Cara Membuat Snow Cheesecake
1.Ambil 1 keping kek sapu filling diatas kek dan ratakan.
2.Kemudian ambil 1 keping kek lagi dan sapu filling pada seluruh badan kek.
3.Akhir sekali tabur cheese cheddar pada seluruh kek.
4.Simpan kek dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik