Thursday, 19 September 2013

Cara Buat Anak Solat Tanpa Perlu Disuruh dan Dipaksa

Post ni aku copy dari fb, satu post dari pengalaman seorang ibu. aku harap post ni dapat membantu aku dan jugak kalian si pembaca.




Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.


Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn.


semoga post ni memberi manfaan kepada semua. :)

Resepi Dorayaki

Kalau korang ada tengok cerita Doraemon masa kecik2 dulu, mesti korang ada tengok doraemon makan benda ni kan. haa, ni lah kuih dorayaki doraemon. haha.. aku amik resepi ni dari fb Buku Resepi. Aku tak try buat kat rumah lagi setakat ni, nnti aku dah try nnti aku tunjuk gambar tau.. ;)
sebelum tu, ape kata korang cuba buat dulu n komen review kat aku. ok? hee


Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:

kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra.

Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm.

Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 


haa, itu saja. nnti jangan lupa like n komen tau.
nnti aku post resepi lain lagi ok.

xoxo,
Asilahmn

Friday, 13 September 2013

Yong Tau Foo

resepi ni aku dapat dari post fb, resepi dari Anna Camfrog. kalau korang nak resepi lain2, korang boleh pergi kat fb Buku Resepi
so, kat bawah ni adalah resepi yong tau foo yang aku amik.. ingat nak cuba balik rumah nanti.kalau dah cuba nnti aku bg gambar versi aku pulak tau..  :)

Bahan~Bahan (kuah) :

*Air (scukupnye)
*Kiub ayam
*Serbuk Lada putih
*Garam
*Daun sup
*sosej
*brokoli
*enoki mushroom
*White crab mushroom
*bbola ikan putih
*kek ikan pjang
*pucuk roll
*dai ha tau pok
*udang
~masukkan air scukupnye dlam periuk, masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada putih...masak sampai mdidih...masukan semua bhan bertanda *..rebus skejap...sebatikan rasa....siap

SOS HITAM

1sudu cili giling
1sudu sos tiram
1sudu kicap pekat
1sudu tepung jagung
Belacan
Garam
Gula merah (hitam)
Gula
Air
Minyak (utk mnumis)

~Pnaskan kuali..tuang sdikit mnyak....masukkan cili giling, tumis smpai hampir2 garing, masuk sdikit gula merah (hitam)
Kacau smpai cair...masukkan pula sos tiram dan kicap pekat dan air..kacau...sebatikan rasa dgn gula serta garam...
*bancuh tepung jagung dgn sdikit air, masuk kedlm sos tadi....biar pekat dan didih...siap
~hiaskan dgn bijan dgn telah dgoreng tanpa minyak

P/s~bahan2 utk yong tau foo, korang bleh tukar mgikut selera korang sendiri....

okey itu saja, selamat mencuba.. ;) 
kalau sedap atau tak sedap komen tau.


Saturday, 7 September 2013

Ais krim Oreo Homemade

Resepi ni akak aku http://zulaikhamohdnor.blogspot.com yang post kat fb aku. dia share dari mana ntah. And aku dah cuba dah resepi homemade ni. Sumpah sedap. lagipun senang je nak buat die. Nak resepi? tengok bawah ni  ;)


1)
- setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair (aku guna susu full cream dutch lady)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal. kalau tak tahu avalette ni, korang boleh gi tanya kat kedai kek. biasa ade jual kat sana)
- satu sudu esen vanilla

(blendkan kesemuanya sampai gebu)

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) makan. 


masa aku buat tu, lama sikit nak tunggu dia keras. masa tu aku dah nak balik kolej. so aku makan terus masa dia dah sejuk tapi belum keras habis. tak tahu la adik2 aku tunggu sampai die keras atau sama perabis lepas aku balik kolej. haha.

dah, pegi cuba cepat. sedap dan senang. :D





Sila Klik