hai manusia yang sedang membaca blog ni sekarang!! apa khabar? hee..
tengah cari resepi kek ke? mai la cube resepi ni. sonang ajo. kalau menjadi, sila la tinggalkan jejak kt ruang komen tu ye.
alkisahnya, kelmarin adik aku telah mintak aku buat kek marble atas alasan dia berpuasa. dan aku pulak, sebagai orang yg melepak kt rumah xde buat apa stakat ni, mmg bagai orang mengantuk disorong bantal la. aku memang suka bab try- menerai ni.
Aku pesan kat adik aku, kalau nak angah buat, gi cari resepi. so, dia pun google n jumpa resepi ni dari blog cik LiNa Pg. aku dah try buat dah, rasa dia memang menjadi. sepatutnya kene bakar dalam oven, tp malang sekali, masa panaskan oven tu okey lagi, bila aku dah nak bakar kek tu, oven dh jd bermasalah. so aku terpaksa guna cara lain iaitu kukus. walaupun kukus, still nyum2 jugak rasa dia..muehehe..
resepinya aku bagi kat bawah ni okey.
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 5 biji telur
- 1sk esen vanila
- 3/4 cawan gula halus [aku blender gula biasa tu je :) ]
- 1 sudu besar ovallette
- 1 cawan susu pekat
- cawan minyak masak
- perasa yang diinginkan (aku tak letak pun)
- sedikit mentega (untuk lanser loyang)
Cara-cara :
- panaskan oven suhu 170 degree celcius
- ayak tepung gandum bersama baking powder
- lenser loyang kek dengan mentega. alaskan dengan baking paper
- pukul telur bersama esen vanila, gula dan ovallette hingga kembang menggunakan mixer
- masukkan susu pekat dan pukul lagi sekejap
- masukkan minyak masak dan perasa tambahan sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata
- akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder tadi. gaul rata. kemudian bahagikan adunan kepada 3 warna
- tuang ke tiga-tiga warna ke dalam loyang dan marble ikut kretiviti
- bakar hingga masak, suhu bergantung kepada oven masing2. (LiNa Pg bakar suhu 165C selama 50 minit, api atas bawah)
- biarkan kek sejuk dan bolehlah dihidang.
maka ini lah rupa kek cubaan pertama beta. tapi ni aku kukus pasal masalah2 yang aku dah bgtau diawal tadi. huhu.. cuba lah,sedap... resepi pun simple je. korang tambah la warna merah ke, mesti lagi menarik.
selamat mencuba!!
Assalam..kukus pun sedap jugak kan?
ReplyDeleteTerima kasih sudi cuba...
salam kenal dari LiNa Pg