Sunday 12 May 2013

SportyPal apps.

Assalamualaikum.. salam Ahad semua. 
okey sebelum ape-ape, aku nak minak maaf kat blog aku ni sbab dah lama aku tinggal kan die. bukan takde cerita, tapi sebab takde masa. hehe. alasan btol. blogger lain tu sempat je update. ye tak?

okey, sebenarnye aku nak cerita pasal semalam n hari ni. semalam kitorang plan nak kayuh stakat mane yang larat. aku memang la eksaited. sebab lepas kayuh 12km kat Putrajaya hari tu, aku memang tak sentuh dah basikal kuning aku tu.

Kitorang start kayuh dari Kediaman Siswa Jaya(Setapak Jaya) menuju kampus UTMKL (Jalan Semarak). Total perjalanan one way dalam 3.3km kot. mase tu ade la rase penat2 dah. Paling tak larat mase naik bukit kat jalan kuil tu. pehh.. tak bergerak basikal aku. guna gear rendah skali baru mampu. Bila dah campai kampus, kitorang berposing2 kejap

ni gambar mereka

lepas rehat dalam stengah jam, kitorang pun bergerak balik ke KSJ semula. n lepas tu kayuh pulak ke pasar malam. haha.. bakar lemak tak seberapa, cover makan lepas tu yg lebih. :p

em, ni dia workout yang direkod ;
credit to SportyPal apps.





pastu disebabkan aku tengok apps ni macam best je, hari ni aku pun install jugak apps ni kat phone aku. saje nak try, so aku record time aku nak gi beli makanan kat kafe td. haha :D




harap2 lpas ni aku akan kayuh lagi. k la, jumpa lagi nanti. tata~~

xoxo, 
Asilahmn

2 comments:

  1. macam best je app ni. nanti nak amik jugak la.. :)

    ReplyDelete
  2. haah, best.. boleh record perjalanan kita.. :D

    ReplyDelete

Sila Klik