Friday, 29 November 2013

Petua Suami Isteri

Entah dari mana tah aku dapat petua ni. mungkin aku terlupa nak copy link kot masa ni. Papepun, baca lah ye petua ni semoga bahagia selalu


ISTERI
Jika si isteri tiba-tiba tidak mahu bercakap, adalah sesuatu yang dirajuknya itu. Adalah yang dia tidak berkenan dengan tingkah laku kita. Berikan dia penjelasan, mohon maaf, insyaAllah bahagia hatinya. 

SUAMI

Jika si suami tiba-tiba tidak mahu bercakap, mungkin dia sedang marah. Sesetengah orang lelaki apabila marahkan isteri, dia banyak diam. Berikan dia ruang dan masa. Usah banyak desak dan tanya, mengamuk jadinya nanti. Lakukan sahaja tugas sebagai isteri sebaiknya. Nanti redalah perasaannya itu.




Wednesday, 27 November 2013

Tips Mendidik Anak Lelaki

PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun

2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya

3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal

4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu

2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil


dicopy dari https://www.facebook.com/cintaselepasnikah

Sila Klik