Thursday, 24 January 2013

CS3

kegeraman yang mula melanda menjemput aku untuk mula membebel disini. sedang aku bersemangat untuk mengisi masa lapang dengan memahirkan diri menggunakan software yang ada, wujud pula satu masalah dimana aku tidak mempunyai atau memiliki serial number yang sah untuk software adobe itu. hakdoi. terganggu perasaan ku seketika. termasuk hari ini. sudah beberapa hari aku mencuba untuk men download crack. tapi dek kerana pengetahuan aku yang teramat cetek tentang IT, maka aku masih tak berjaya mendapatkan crack itu. nak mendapatkan bantuan pakar iaitu rakan sekelas ku, masa pula tidak mengizinkan kerana kami kini sedang menjalani cuti semester. so adalah tidak mungkin bagiku untuk pergi menuntut dirumahnya. dengan segala sisa semangat yang masih ada, aku meneruskan usaha mencari crack file itu. moga berjaya momochan.
xoxo~
Asilah

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum..
firstly aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 1434 hijrah buat semua. untuk pegetahuan, hari ni adalah hari yang bagus ntuk aku. pasai pa? sebab hari ni aku bangun awal. haha.
Eh, bukan bermaksud sebelum ni aku bangun lewat sangat. tidak. cuma sebelum ni aku melepak je kat rumah sementara cuti sem ni kan, so aku malas la nak bangun awal. #alasan
hari ni family aku sekali lagi berpeluang join perarakan maulidur rasul tu. ni la gambar2 yang sempat aku ambik mase kat masjid Al Humaira tu tadi.











Sila Klik