Wednesday 31 July 2013

Link Best Yang Aku Bookmark

Sebelum ni aku simpan kat lappy je segala link best yang aku bookmark. Tapi sayangnya bila lappy aku dah di format, aku cuma dapat backup sikit je link yang penah aku tanda tu. So dengan cara ni, lepas ni xde la susah lagi aku nak cari link yang aku pernah save. Lagi pun boleh share dengan sesiapa yang berminat dengan website2 yang aku tanda ni. Sharing is caring. Sila klik kalau berminat. Tak perlu risau, aku tak dapat komisyen pape pun kalau korang klik. Ni sesaja share je. :)

Font Download : http://www.urbanfonts.com dan http://cooltext.com/Fonts
Illustrator Artwork Download : http://all-free-download.com
Movie Download : http://justpaste.it/FilemEnglish
Subtitle Download : http://subscene.com
Blog Designer : http://blog.helmyemran.com

10 Petua Merawat Luka Episiotomi (luka penggungtingan ketika bersalin)

Ya Allah, ngerinya bila aku tengok gambar ni td.. Em, entri kali ni aku terjumpa dan terbaca bila salah sorang kawab fb aku share post dari akaun fb Kelab Soal Jawab Ibu Dan Bakal Ibu



Dan disebabkan aku agak takut dengan ape yang aku nampak ni, so cepat2 aku rasa nak share supaya ibu2 dan bakal ibu diluar sana dapat amalkan petua ni supaya cepat sembuh dari luka ini. Untuk mereka2 yang telah mengalami Episiotomi ni, anda bolehlah amalkan petua berikut ye;

Petua 1 : Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian luka. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga luka sembuh.

Petua 2 : Amalkan memakan ikan haruan - bakar atau rebus. Jangan digoreng.

Petua 3 : Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Petua 4 : Campurkan biji halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut hingga mendidih. Minum air rebusan tersebut setiap hari semasa masih suam.

Petua 5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus,  daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus. - ibu dan anak darah O perlu elakkan lada hitam diawal pantang.

Petua 6 : Basahkan manjakani. Asah pada bontot pasu. Sapukan pada bahagian luka.

Petua 7 : Banyakkan makan zinc complex. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka luaran dan dalaman.
Petua 8 : Sits bath - rendam punggung di dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersihkan luka sehingga ke dalam vagina.
Petua 9 : Senaman kegel - dibuat 100-200 kali sehari untuk melancarkan perjalanan darah ke vagina. Dengan itu, luka cepat sembuh.
Petua 10 : Minum air kunyit. Kunyit kaya dengan antiseptik. Namun, tidak boleh diambil selalu. Amalkan minum sebanyak tiga kali sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya selepas seminggu berpantang dan di minum selama tiga hari berturut-turut.

Thursday 25 July 2013

Day 19



Pada hari ini, kami perlu membentangkan idea pemasaran yang melibatkan Angee Household Store. aku telah mencadangkan beberapa idea seperti menekankan konsep Joyful and happy image dimana segala kelengkapan di Family Store perlu ditukarkan kepada warna yang lebih terang dan meriah. selain itu, saya menekankan konsep Wholesale atau belian borong. pelanggan yang membeli barangan secara borong akan mendapat lebih banyak diskaun. Konsep ketiga yang dibentangkan adalah Good Packaging. Konsep ini menekankan peniaga sebagai target customer mereka. Angee Household perlu membuat packaging yang boleh digunakan semual, menarik dan tahan lama supaya peniaga boleh menggunakan packaging tersebut dalam kegunaan harian mereka untuk berniaga. aku jugak mencadangkan agar diwujudkan sistem kumpul setem dan tebus agar pelanggan boleh menebus mata ganjaran mereka dengan barangan dari Family Store. Selain itu, aku mencadangkan agar setiap rak barangan dilabelkan dan disenaraikan label tersebut di papan kenyataan supaya pelanggan mudan mencari barang yang mereka kehendaki. Ketua projek memberitahu bahawa idea Good packaging tersebut mungkin boleh diterima pakai dan boleh diteruskan.

Ketika Aku Membaca Coretanmu.

Sahabat,
Maafkan aku andai tingkah laku ku pernah melukakanmu,
Maafkan aku jika kata-kataku mengguris hatimu,
Maafkan aku kerna tidak selalu menemani perjuanganmu, Sering mengabaikanmu ketika aku sibuk dalam pelayaranku.
Hanya maaf yang mampu ku pinta kerna merasakan aku tidak menjadi sahabat terbaik buatmu.
Atiq,,,
Sabar dan terus kuat dalam meneruskan perjuangan.
Ku pasti suatu masa nanti kau akan brjaya,
menggapai apa yang kau cita.
InsyaAllah.
Aku doakan hanya yang terbaik untukmu.

Sayang selamanya,
Asilah_mn


Day 24

Pada hari ini,aku dan yana perlu mencari beberapa contoh typographic design yang pernah diterbitkan sebelum ini.  Contoh yang kami telah cari perlulah dimuat turun dan dijadikan sumber untuk menghasilkan idea baru bagi mempersembahkan kata-kata yang telah dicari semelam. Aku telah mencari beberapa contoh cara presentation yang pernah dihasilkan sebelum ini dan aku jugak telah mencari illustration yang sedia ada bagi menyatakan maksud ayat dalam bentuk bergambar.

Day 23

Pada hari ini, aku dan yana diberikan tugasan baru mengenai tshirt design iaitu menghasilkan baju yang mempunyai kata-kata dalam bentuk typography. Kami diarahkan unutk mencari kata-kata dalam Bahasa Melayu seprti mutiara kata, kata-kata hikmah, kata-kata pujangga, peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata motivasi dan kata-kata berunsur lawak jenaka. Ayat yang dicari mestilah ringkas dan padat untuk memudahkan ia dibaca pada baju sewaktu dipakai. Setelah memilih beberapa ayat-ayat yang dirasakan bersesuaian, kami memberikannya pada ketua projek untuk di senaraipendek sekali lagi.

Day 22.

Pada hari ini, aku meneruskan projek tshirt design dengan mengubah corak asal pada wau yang dilakukan sebelum ni. Aku menggunakan kaedah menipulasi bentuk asas dan cuba mengubahnya untuk mnjadi satu corak baru. Tidak lupa, ciri2 geometri islam diselitkan bagi menambahkan nilai kemelayuan dalam wau tersebut. aiceceh.. ayat macam gempak. hehe.. ok continue. Selain itu, aku juga mengambil corak daripada design islamic geometri yang lain untuk dimasukkan kedalam design baru tersebut. Aku cuba mengubah kedudukan corak dalam design tersebut untuk menghasilkan pattrn baru.

Monday 22 July 2013

Perkara Negatif Dalam Rumahtangga

Untuk entry kali ni, directly aku copy paste dari facebook. just share buat pekasam kat blog ni. hoho

Perkara Negatif Dalam Rumahtangga
A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Bagi yang belum Menikah..Semoga ini boleh menjadi bekal kelak
Semoga kita boleh menjadi Suami Soleh dan Isteri Solehah.

Biar Aku terus Terang

Assalamualaikum..
Em, macam tajuk kali ni, aku sebenarnya nak terus terang pasal tujuan aku survey n post pasal doa kad kahwinayat jemputan kad kahwin dan petua suami isteri tu.
haa nak tahu tak kenapa? jeng jeng jeng... haha, bukan aku punya kali ni, tapi untuk kakak kesayangan aku tu.. :D
buat pengetahuan, die sekarang dah pun jadi tunangan orang. memandangkan suatu saat nanti dia akan sibuk untuk print kad jemputan, so kami ade plan untuk aku tolong fikirkan design kad kahwin dia. syarikat printing pun sama kami tengah survey. sebab tu la aku post macam2 tu, sbb nak suruh dia tengok n pilih ayat yang dia nak. pasal design, hmm warna tema pun tak pilih lagi ni. so tunggu je la ape dia kata lepas ni. kalau dia dah decide boleh la kitorang try2 tngok mana yang best. aku tolong je, sambil cari pengalaman. kot kot satu hari nanti bukak bisnes persiapan perkahwinan. hahaha. :D

so sebenarnya segala jenis survey yg aku buat lately ni adalah untuk akak aku. jangan ada yang salah faham pulak ye. hmm, alang2 tu, untuk aku dan korang jugak, nanti senang la, boleh terus refer benda yang sama kan. :p

okey tu je penjelasan aku pasal entry baru baru ni. jangan salah faham n happy always ye, tata.

Friday 19 July 2013

Komunikasi Lelaki dan Wanita

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”.

Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi.

Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”.

Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”.

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu.

Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita.

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi.

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar.

Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham.

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini.

Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya.

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.

2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.

3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.

2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.

3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.
Selamat mencuba.

copy paste dari fb. ;)


Peribahasa Rosak

  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beligelang secara hutang)
  6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.
  7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)
  8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi... )
  11. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
  12. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  13. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  14. Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
  15. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
  16. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... ..boleh blah... .lah... .
  17. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  18. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)
  19. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
  20. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.
  21. Biar lambat asalkan perlahan.
  22. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .
  23. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.
  24. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
  25. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
  26. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah... .
  27. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
  28. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .
  29. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
  30. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)
  31. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
  32. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.
  33. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
  34. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
  35. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.
  36. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
  37. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)
  38. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .
  39. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...
  40. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
  41. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai. 

Ayat Jemputan Best Untuk Kad Jemputan Perkahwinan

AYAT UNDANGAN

AYAT 01
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai

Nama Bapa & Ibu
Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
………………………………………………………………………………………………………………..
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,
Nama pengantin lelaki & perempuan
Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami,
Pada hari,
Bunga mawar kami taburi,
Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.

Turut Mengundang :-
Aturcara Majlis


AYAT 02
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nama Bapa & Ibu
Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………………………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.

Turut mengundang :
Aturcara Majlis:


AYAT 03
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan izin Allah S.W.T. kami ;
Dengan penuh takzim mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………………………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga untuk menyerikan Tambatan Janji, Izin Berwali,
Ijab Bersaksi, Antara Dua Hati, Anakanda Puteri Kami ;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.


AYAT 04
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………………………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan putera Kami ;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi,
undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
mendoakan mempelai diberkati Illahi


AYAT  05
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh
Dengan penuh kesyukuran mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
………………………………………………………………………………………………………………………..
serta seisi keluarga ke Majlis Undangan puteri kami
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada :
Dialamat :
Semoga dengan kehadiran,
Encik/Cik/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini, Insya Allah


AYAT 06
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Dengan rasa kesyukuran, setepak sireh kami hulurkan,
atas keredhaan Illahi, kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………………………………………………………………………………………………
suami/isteri sekeluarga ke majlis pertunangan puteri kami
Nama pengantin lelaki & perempuan
yang beralamat di:
pada hari
Beras Kunyit kami taburi, air mawar diiringi wangi,
kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai,
moga majlis tambah berseri lagi diberkati Rabbul Izzati. Insya Allah
Terima Kasih


AYAT 07
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Pinang dikacip, Sirih dijunjung, Janji diikat tanda berkenan, Sunah diikut adat disanjung,
Impian dan hajat kini disempurnakan, Beserta kesyukuran kehadrat Illahi,
Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan,
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Suami/isteri sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus Putera Kami;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Untuk Merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan
Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih pertemuan dua hati di teratak kami,
Pada hari
Inai dijari nampak berseri, bersatu kasih raja sehari, Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang menyeri, Terima kasih daripada kami dan raja sehari.
Wassalam


AYAT 08
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan,
untuk kehadiran
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Suami/isteri sekeluarga ke Majli Raja Sehari Putera Kami;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Bertakhta dapat bersendi Sunnah Rasul mendirikan
istana kasih, merealisasikan impian Rumahku Syurgaku yang sebati
dikediaman kami;
Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada;
Undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
Semoga mendapat rahmat dari Illahi.
Insyaallah.


AYAT 09
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Ibu & Bapa
Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, Dengan berbesar hati,
Sekeping kad kami hulurkan,
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
………………………………………………………………………………………………………………..
Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji,
Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda puteri kami;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Bertatahkan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasulullah,
Mendirikan istana kasih, Pertemuan dua hati diteratak kami;
Pada hari
Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, kembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati,
Wassalam, Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.


AYAT 10
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Ibu & Bapa
Semarak kasih jalinan budi, kehadiran anda kami sanjungi,
Dengan sekapur sirih dan dengan kesyukuran kami
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
………………………………………………………………………………………………………………..
Suami/isteri/sekeluarga ke rumah kami kerana hajat mengadakan majlis bagimerasmikan
tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda kami;
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari
Dialamat
Undangan kami setulus hati, kehadiran tuan/puan kami hargai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.


AYAT 11
Dengan izin dan rahmat Allah
Nama Bapa & Ibu
dengan segala hormatnya mempersilakan
______________________________________________
suami/isteri sekeluarga
hadir ke Majlis Perkahwinan putera kami
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari
di 

Beras kunyit kami taburi, air mawar dirnjis wangi, berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulushati, harap sudi datang merai. 
Semoga Allah memberkati.

Thursday 18 July 2013

Doa Best Untuk Kad Jemputan Perkahwinan

Sedang aku asyik meng-gugel ayat2 best untuk majlis salah seorang saudara aku, tetiba aku pun terjumpa ayat-ayat dan doa2 perkahwinan ni. nak share kat fb tp panjang sangat. so share kat blog je la jalan terbaik. em, pesanan untuk salah seorang saudara aku tu, baca la ye..  :D


DOA PENGANTIN

DOA 01
Ya Allah Ya Rahim... Dari setinggi dan selaut kasih sayang Mu, 
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini. 
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu, 
mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia, 
dengan Taufik dan HidayahMu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. 
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 02
Ya Tuhan kami... Kurniakanlah keimanan dan kesabaran kepada kedua mempelai 
supaya mereka berjaya menempuh segala dugaan, Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran kepada kedua mempelai supaya mereka sentiasa menerima nikmat Mu, Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada kedua mempelai supaya mereka dapat beramal ibadat ke jalan yang benar, Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan kepada kedua mempelai supaya mereka menjadi hamba Mu yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 03
Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, 
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. 
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang suka pada syariatku hendaklah mengikut sunnahku dan satu daripada sunnahku ialah nikah..."


DOA 04
Ya Allah Ya Tuhan kami..., "Kami memohon kepada Mu agar diberkati majlis ini. 
Limpahkanlah Rahmat dan Innayah Mu ke atas pasangan suami isteri ini. Bahagiakanlah dan pelihara rumahtangga mereka agar sentiasa berada didalam lingkungan rahmat Mu yang bertali arus. 
Jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersyukur dan beriman serta tergolong dalam golongan insan yang kamil. Berikan kami kekuatan jasmani dan rohani dalam menempuh liku-liku dugaan dan cabaran yang mendatang kerana kami tahu kami tiada daya upaya melainkan dari, dengan dan kerana Mu jua ..." 
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 05
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri 
supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran Nya bagi orang-orang yang berfikir" 
Surah Ar-Rum , ayat 21


DOA 06
Ya Allah Ya Tuhan Kami.. Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa, 
setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis 
serta sesuci Muhammad dan Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, penjangkanlah umur mereka, 
dekatkan mereka kepada kebaikan , jauhkan mereka dari keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.


DOA 07
"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk manusia Adam dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tetapi adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai"


DOA 08
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 09
Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.


DOA 10
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi penyayang,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,
hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 11
Tuhanku…..
Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.


DOA 12
Ya Allah, satukanlah hati
………………………………………………………………….
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 13
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua mempelai ini
………………………………………………………………….
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika,
dan seperti engkausatukan
Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah


DOA 14
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini,
jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh.
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.


DOA 15
Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 16
Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.


DOA 17
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 18
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang dariumatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,
maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.


DOA 19
Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.


DOA 20
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 21
Ya Allah Ya Rahim
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 22
Ya Allah
Andai kau berkenan,
Limpahkanlah kepada kami cinta,
Yang kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra,
Yang kau jadikan mata kasih sayang,
Imam Ali dan Fatimah Azzahra,
yang kau jadikan penghias keluarga,
Nabimu yang suci


DOA 23
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


DOA 24
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk dicintainya.


DOA 25
Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
……………………………….. dengan ……………………………………
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 26
“Sesungguhnya apabila  suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.



Wednesday 17 July 2013

Day 21



Hari ini aku meneruskan projek t-shirt design dengan menyambung kerja mengenai pixelate design. Aku telah menambah pembaharuan idea mengenai pemandangan laut dan pantai. Aku asingkan item didalam pattern asal dan gunakannya untuk menghasilkan pattern baru dengan cara menyusun semula secara random. Setelah berkali-kali resize dan rearrange, barulah aku berpuas hati dengan design tu. Seterusnya, aku perlu tunjukkan pattern baru ni pada Iron sebelum meneruskan dengan kerja seterusnya.

Day 20



Pada hari ini, Iron telah mengarahkan aku dan yana untuk menunjukkan ciri-ciri  kemelayuan pada pattern kami. Maka aku telah memilih untuk mengambil wau sebagai sumber inspirasi bagi idea baru ni. Dan aku telah cari beberapa corak ukiran yang kebiasaannya sangat sinonim dengan adat melayu untuk diletakkan pada pattern baju. Selepas itu, aku mula melakar idea sendiri berdasarkan corak-corak asal yang telah di lihat.

Friday 12 July 2013

Isteri Cerdik Yang Solehah

Aku rasa lagu ni bukan untuk para isteri sahaja, tapi buat aku dan semua wanita kat luar sana. moga menjadi wanita cerdik yang solehah. ;)

Lirik Lagu Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
-[istri cerdik yang sholehah]-

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
-[istri cerdik yang sholehah]-
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan.


link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=7y799vAizLU

Thursday 11 July 2013

Day 18

hari ni adalah hari ke 18 kami menjalani latihan industri, dan semalam kami dapat new task. Tinggal kan sebentar task pixelated design. Task baru adalah kami kene fikir dan keluarkan idea untuk buat photoshoot untuk bulan syawal nanti. FYI,  TAV memang selalu macam tu. bila ada sambutan ape2, diorang akan buat sesi fotografi n editing n upload gambar tu. So aku dan yana pun bertungkus lumus keluarkan idea. kami kene bentangkan idea tu dalam slide show berpandukan slide show yang prnah ada sebeluum ni.. :)
macam2 la idea yg kami plan. yang paling bestnye, kali ni aku dan yana masing2 sibuk nak crop gambar. pantang download, mesti nak crop buang background. haha. 
tadi dalam pukul 6ptang aku dan yana pun present la idea tu kat IRON. selepas di advice, kami kene ubah certain perkara n tunjuk kat dia semula nanti.. :D 
 
malas la nak tuulis panjang malam ni.. huhu.. aku baru lepas tengok cerita Life Of Pi ni. best. orang dah lama tngok, tp aku jenis yang malas layan movie. so setelah sekian lama, hr ni baru aku tengok. huhu.. 

Wednesday 10 July 2013

Petua Apabila Balik ke Rumah Mertua

Tadi aku terbaca artikel ni. Nak share kat fb tp aku bujang lg. haha. Disebabkan aku rasa ia akan berguna untuk aku dan kalian suatu hari nanti, so aku simpan dalam blog ni. :) Bacalah okey..

Kami ingin kongsikan sedikit tips apabila anda pulang ke rumah ibu dan bapa mertua anda.

Untuk Suami:
1. Bersedia untuk menolong apa sahaja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan samaada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yg lain.
4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak utk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar membeli-belah atau lepak-lepak untuk "break the monotony".

Untuk Isteri:
1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yang sediakan agar mudah diambil dan tiada yang tertinggal nanti.
2. Terus ke dapur untuk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di "top up" sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. Serahkan pada suami untuk membelinya dengan segera. Jangan biarkan ayah atau maknya sendiri yang membeli.
3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak diselesaikan sebelum sessi dapur bermula.
4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yang kedua ini membasuh apa sahaja pinggan yang singgah ke sinkii.
5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua sudah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan untuk dirinya.
6. Jika ada perkara yang tidak suka, beri “amaran” kepada suami untuk masuk ke dalam bilik berbincang secara "rahsia". Cuba selesai dengan bermatlamatkan "hiburkan kedua-dua mertua".

Day 12, 13, 14, 15, 16, 17

Muehehe.. banyakkan 'day' nye. tu maknenya aku tak update cerita pasal LI ni dari minggu lepas. hmm..
dari hari ke 12 sampai hari ke 15 hr tu aku buat t-shirt design dengan yana. aku meneruskan usaha untuk mencantikkan cengkerang tortoise yana dengan menambah segala corak pada badannya..  macam bawah ni..





  dan banyak lagi.. tapi takkan nak upload semua kan. basiccally mcm tu la aku buat. lepas tu iron suruh aku dan yana masukkan element melayu dalam pattern tu. so aku deside nak buat anyaman tikar.. aku pun google la.. lepas tu tup tup dapat idea, nak buat design pixelate. so aku mula cari n fikir n lukis.. lepas tu aku try buat dalam Ai. dan ini hasilnya..




Saturday 6 July 2013

Kuning Telur Cantikkan Rambut

Sebagaimana yang aku dan korang semua sedia maklum, kuing telur boleh digunakan untuk membuat rawatan kecantikan tubuh badan. Sesetengah orang lebih suka untuk membuat rawatan kecantikan menggunakan kaedah tradisional kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan dan mampu memberikan kesan yang sama dengan produk dipasaran selain boleh didapati dengan harga yang murah. So, kat sini aku nak share sedikit petua dan jugak tips untuk kegunaan aku dan korang semua.

Untuk mengatasi masalah rambut kusut, sediakan bahan seperti berikut;
 - satu sudu minyak zaitun
 - sebiji telur, (ambil kunningnya sahaja)
 - satu cawan air
 - bahan tambahan : (limau purut atau apa sahaja pewangi rambut untuk menghilangkan bau kuning telur td. haha )

okey, caranya : 
pukul kuning telur sehingga kembang kemudian masukkan minyak zaitun dan terus mengadun ramuan sehingga sebati.Oles pada rambut dan kulit kepala. Selepas ramuan kering, bilas rambut dengan air hangat. Moga rambut anda tidak akan kusut lagi. ;)



Sila Klik