Saturday 5 May 2012

Aku Derma Darah Wei

Hye2.. Assalamualaikum...
 Selamat berhujung minggu aku ucapkan kt anda semua..  =D
Tajuk entri kali ni adalah "Darah". Knape dengan darah??

 Haa, ni cek nak story sikit kat hangpa. Hari tu, buat pertama kalinya cek pergi derma darah dekat PUSAT DARAH NEGARA. Yang depan IJN tu.. Kerja sukarela ni cek buat under program KELAB BUDI PENYAYANG.

Em, mase tu aku punya la takut, yela xpernah buat. Sebelum ni kalu demam, aku memang la ade kene suntik ambik darah, tp tu jarum kecik je..Yang tu pun kadang2 rase nk nangis,,sakit..huu

Mula2 semua ahli kelab budi penyayang berkumpul di kampus kami, UTM International Campus, KL. Lepas tu, bas utm tu bawak kitorang ke Pusat Darah Negara, dekat je dengan Tasik Titiwangsa..

Lepas aje kitorang masuk, kitorang kena berkumpul untuk sesi taklimat. Yela, nak derma darah ni bukan boleh suka-suka tau, ada syaratnye. Antara syarat die adalah berat badan mencukupi. aku ofkos la lepas kan..haha. Tapi ade jugak 2-3 orang yang x lepas..kalu x silap aku, berat dia 36kilogram.. 

Bila dah lepas saringan tu, Kitorang kene cek jenis darah kitorang. Mase tu baru aku tau, my blood type is AB. 
Ni haa gambar ujian saringan tu :- 



Lepas tu sesi menuggu giliran. aku punya 1047 :-





Dan selepas itu, sesi menderma darah pun bermula :-











Mungkin disebabkan aku terlalu aktif pada mulanya, baru beberapa minit derma darah, aku dah pitam. Haha, apeda..buat malu je kan. (Bak kate my sis, Eli, angah budak manje n mengada..sebab mmg dari kecik aku manje n mengada.haha.. tp dengan orang tertentu je okey)

Bila dah pitam, nurse suruh bukak spect n baring kaki lagi tinggi dari kepala:-

Tapi part paling bestnye bila aku sorang je yang dapat air 100+.hehe.. dan agak malu bile dicomparekan kekuatan aku dengan kawan aku ni, Alya Farhana. Badan kecik tapi tahan.

Akhir sekali, ni adalah suasana dalam bilik dema darah tu :- 






Sebenarnye lpas aku dh minum air tu n dh rase agak oke sikt, aku mula berjalan pergi kat tempat kawan2 yang lain, tp sebab xreti nk duk diam tu la, aku pitam lagi 3 kali selepas pitam yg pertama tadi tu. Sampai je kat bilik, my rumate, Huda terkejut sebab kawan die ni dh lemah tak bermaya, so die terus bagi aku baring n rehat. Die pun kebetulan mase tu melecet kaki gara2 main futsal, Teruk jugak la..
Hmm, itulah kisah tentang pertama kali aku derma darah. Lpas ni aku x buat dah sebab mak dah warning, itu yang terakhir.haha..

Tuesday 1 May 2012

Budak Baru Belajar

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni, buat pertama kalinya dalam hidup, aku belajar buat blog.. Tujuan utama blog ini dibuat adalah kerana ---> lecturer Kelab Budi Penyayang aku yg suruh sebenarnya. haha,jujur ni.. =)
Kami ahli2 kelab BP (budi penyayang) diberi pilihan samada projek kitorang nk dibentangkan secara presentation ataupun blog, dan pilihan majoriti adalah blog.
Maka terpaksalahlah aku blaja tulis blog.. =D 



Tujuan kedua adalah sebab aku pun teringin  jugak nk ade blog

sendiri macam kakak dan kawan baik aku.. Memandangkan aku tergolong dalam kategori 

budak baru belajar, so aku rase banyak lg perkara yg aku kene blajar dari mereka yg dah expert tentang blog..
So, minta beri tunjuk ajar ye.. Tqvm..  ;)



Salam perkenalan, Nur Asilah Bt Mohd Nor.

Sila Klik